Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura-M’sia bincang sambung semula projek RTS jelang tarikh akhir 31 Julai: Khaw

rts
Jun 22, 2020 | 06:26 PM



SINGAPURA dan Malaysia masih membincangkan mengenai projek Sistem Transit Laju (RTS) rentas sempadan walaupun pembinaannya ditangguhkan sehingga 31 Julai ini.



Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan, pada Isnin (22 Jun) berkata keputusan muktamad mengenainya akan dibuat hujung bulan depan.



Projek landasan rel itu akan menghubungkan stesen Woodlands North, Singapura iaitu laluan MRT Thomson-East Coast, ke Bukit Chagar di Johor Bahru.



Bagaimanapun, ia ditangguh sejak April tahun lalu bagi membenarkan Malaysia meneliti semula projek berkenaan dan mencadang beberapa perubahan untuk dipertimbangkan Singapura.



Pada masa sama, kata Encik Khaw, pandemik COVID-19 turut menjejaskan pelaksanaan projek terbabit.



"Walaupun kita sedang bertarung dengan COVID-19, kita masih meneruskan tugas penting lain yang berkaitan termasuk perbincangan dua hala dengan Malaysia mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi dan RTS Link ini.



"Sebenarnya, perbincangan RTS Link dibuat secara sidang video yang berlangsung secara intensif, sering kali sehingga lewat malam kerana perunding peka dengan tarikh akhir pada Julai ini," katanya.



Tambah Encik Khaw, beliau berharap rumusan terbaik dapat dicapai dalam masa terdekat hasil daripada perbincangan itu.



Penangguhan terakhir sehingga 31 Julai depan adalah yang keempat berikutan perubahan kerajaan di Malaysia dan kesan pandemik Covid-19.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >