Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

SAF adakan latihan perang berteknologi tinggi di Amerika Syarikat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SAF adakan latihan perang berteknologi tinggi di Amerika Syarikat

Dec 10, 2015 | 02:02 PM

PESAWAT pejuang, dron, dan senjata paling canggih serta rangkaian medan perang elektronik Singapura akan diuji hari ini (Khamis, 10 Disember) dalam pertunjukan kuasa besar-besaran yang bertujuan untuk menunjukkan gabungan senjata api Generasi Ketiga Angkatan Tentera Republik ini.

Diberi nama kod Forging Sabre, latihan penembakan secara langsung ini juga akan melibatkan kira-kira 600 tentera darat dan udara, termasuk tentera pengawasan darat komando yang perlu berkerjasama untuk mengesan dan menyerang musuh.

Diadakan di padang pasir selatan barat Amerika Syarikat yang berceranggah, 19 kali lebih besar dari Singapura, latihan perang itu juga akan menjadi cabran terakhir bagi pesawat Heron 1 sebelum ia diisytiharkan bersedia bagi pertempuran.

Empat daripada kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), yang membuat penampilan pertama mereka dalam latihan itu, perlu mengimbas kawasan tersebut untuk memilih sasaran musuh dan menentukannya dengan pancaran laser.

Untuk memusnahkan sasaran ini, 29 jet pejuang F-15 dan F-16, helikopter penyerang Apache dan kenderaan angkat berat Chinook dari Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), pasukan tentera dari Arizona, Texas dan Idaho dikerah.

Latihan bersepadu ini adalah yang kelima dariapda siri Forging Sabre dan yang paling realistik dan rumit. Keputusan akhir akan disaksikan oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3