Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KESAN CUACA PANAS

SAF ambil langkah kawal suhu, lindung tentera dari cedera akibat panas terik

May 19, 2023 | 05:30 AM



ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) telah mengambil langkah untuk mengawal suhu anggota tentera dan melindungi mereka daripada kecederaan akibat gelombang haba, tetapi langkah tambahan mungkin diperlukan untuk menangani kenaikan suhu.



Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata anggota tentera kini menjalani langkah pengambilan air secukupnya seperti "water parade" dan mengambil cairan ais, dengan komander mempunyai kelonggaran untuk mengubah suai pakaian dan keperluan yang sesuai untuk aktiviti lasak.



Jadual latihan juga boleh diubah suai untuk mengurangkan risiko kecederaan akibat haba, dengan askar mempunyai kitaran rehat-kerja berdasarkan suhu termometer yang ditutup dengan kain basah.



Ini mengambil kira kadar kelembapan, sudut matahari dan sinaran suria.



Langkah itu adalah tambahan kepada penyesuaian haba yang dilalui askar semasa mereka mula menyertai Latihan Ketenteraan Asas (BMT), atau apabila mereka menjalani kursus atau operasi khusus.



Mindef menambah bahawa ia memberi perhatian kepada kecederaan haba di seluruh SAF, dan unit dikehendaki melaporkan kejadian setiap hari.



"Memandangkan suhu global mungkin meningkat lebih jauh, SAF perlu menggunakan pendekatan berasaskan sains untuk meningkatkan daya tahan haba dan inisiatif prestasi," kata Mindef.



Sebelum ini Mindef telah melancarkan Pusat Ketahanan Haba dan Prestasi pada Januari.



Pusat ini berusaha memanfaatkan inovasi penyelesaian yang boleh meningkatkan daya tahan manusia terhadap tekanan haba.



Ia merupakan kerjasama tiga pihak antara SAF, Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Makmal Nasional Pertubuhan Sains Pertahanan (DSO).



Beberapa penyelesaian yang sedang dikaji termasuk peralatan dan pakaian yang direka dengan lebih baik yang boleh menghilangkan haba, dengan Mindef berusaha untuk mendapatkan pandangan yang boleh menambah baik peralatan yang digunakan sekarang.



Ini termasuk pakaian seragam hibrid SAF yang diperkenalkan pada 2018, dan sistem menggalas beban yang direka semula yang dikeluarkan pada 2020.



Mindef berkata:



"Langkah kolektif oleh SAF telah mengurangkan berlakunya kes kecederaan haba yang serius sejak sedekad lalu.



"Kami akan terus memantau suhu persekitaran dan kejadian kecederaan haba, dan akan menyesuaikan langkah mengikut keperluan untuk memastikan latihan selamat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >