SEMUA kos guaman berjumlah $22,000 akan digugurkan bagi keluarga anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) Dominique Sarron Lee yang meninggal dunia selepas reaksi alahan kepada asap bom tangan dalam satu latihan tentera.
Keluarga mendiang diarah membayar kos guaman itu selepas Mahkamah Tinggi menolak saman mereka terhadap Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan dua pegawainya yang terlibat dalam kejadian tersebut pada 3 Mac.