SAF mula periksa Terrex yang dipulangkan ke S'pura

ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) memulakan pemeriksaan menyeluruh terhadap sembilan kenderaan berperisai Terrex dan peralatan kententeraan lain yang ditahan di Hongkong selama dua bulan.

Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata proses pentadbiran pascalatihan bagi kesemua Kenderaan Pengangkut Infantri Terrex dan peralatan lain dilakukan pagi semalam.