Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saintis kesihatan MOH terima pengiktirafan

Prof Tan Chorh Chuan berperanan penting dalam program kajian nasional dalam persediaan tangani pandemik, pembangunan vaksin
Nov 29, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 6,258 individu, termasuk kakitangan awam dan pemimpin masyarakat, telah diiktiraf Anugerah Hari Kebangsaan untuk 21 kategori.



Antara mereka yang menerima pengiktirafan tertinggi anugerah berkenaan ialah Profesor Tan Chorh Chuan yang telah bantu menubuhkan beberapa program kajian nasional berkenaan penyediaan menghadapi pandemik dan pembangunan vaksin, termasuk semasa menangani krisis Covid-19.



Profesor Tan, yang memikul jawatan sebagai Ketua Pertama Saintis Kesihatan di Kementerian Kesihatan (MOH) pada 2018, juga memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan beberapa khidmat penjagaan kesihatan seperti penjagaan utama dan akut sebagai Pengarah Eksekutif Pejabat MOH bagi Transformasi Penjagaan Kesihatan.



Atas sumbangannya yang ketara kepada negara ini, beliau menerima Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Halimah Yacob semasa majlis penyampaian Anugerah Hari Kebangsaan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Sentral kelmarin.



Profesor Tan juga merupakan presiden Universiti Nasional Singapura dari 2008 hingga 2017.



Sebelum itu, ketika beliau menyandang jawatan sebagai ketua eksekutif pertama Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), beliau menyatupadukan sekolah perubatan dan pergigian serta Hospital Universiti Nasional di bawah satu lembaga pemerintah agar dapat menyelaras kerjasama seluruh amalan, kajian dan pendidikan klinikal.



Profesor Tan juga telah menerajui respons penjagaan kesihatan awam senegara ketika Singapura ditimpa epidemik Sars pada 2003, ketika beliau memikul tanggungjawab sebagai pengarah perkhidmatan kesihatan antara 2000 dengan 2004.



Selain beliau, anugerah tertinggi itu juga diberi kepada mantan pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Warisan India dan mantan duta besar, Encik Gopinath Pillai; dan Encik Lee Tzu Yang, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.



Ketika acara penyampaian anugerah itu yang turut dihadiri Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, beberapa tokoh Melayu turut diiktiraf.



Penulis lirik veteran Encik Yusnor Ef atau nama penuhnya Encik Mohamed Noor Mohamed Yusofe, serta anggota lembaga agensi air negara PUB, Encik Abu Bakar Mohd Nor telah dinobat Pingat Bintang Bakti Masyarakat (BBM).



Empat individu Melayu lain pula menerima Pingat Bakti Masyarakat (PMB).



Mereka ialah; Naib Pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Dr Mohamed Ali; Setiausaha Agung Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS), Encik Abdul Malek Ahmad; dan Presiden Kesatuan Pekerja Perusahaan Elektronik dan Elektrik (UWEEI), Encik Fahmi Abu Bakar Bafana dan mantan anggota lembaga, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Encik Saat A. Rahman.



BERITA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >