Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sajian beriani amal Masjid Khalid

Beberapa hari lalu padat dengan kegiatan amal seperti Beriani Amal Cabaran Presiden dan 'Chefs for A Cause'. Malah, beberapa pertubuhan yang menyokong warga memerlukan diiktiraf dalam acara anjuran Daughters of Tomorrow (DOT). BERITA HARIAN menampilkan beberapa acara itu.
Jul 09, 2019 | 05:30 AM



KEGEMBIRAAN jelas terpancar pada wajah 20 tetamu khas Sree Narayana Mission dan Rumah Kanak-Kanak Jamiyah apabila mereka menikmati nasi beriani yang disajikan Presiden Halimah Yacob sendiri.



Acara Beriani Amal Cabaran Presiden di Masjid Khalid kelmarin amat simbolik.



Ini disebabkan pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira bangsa dan agama, menghadiri acara itu.



Bagi memulakan cabaran tahun ini, Puan Halimah dan suami, Encik Muhammad Abdullah Alhabshee, melancarkan acara tersebut.



Acara turut dihadiri Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood, dan Presiden Muis, Haji Mohammad Alami Musa, juga turun padang menyantuni anggota masyarakat yang hadir.



Sejak bermula 19 tahun lalu, lebih $2 juta telah disalurkan kepada Cabaran Presiden menerusi acara beriani amal, menurut pengerusi bersama penganjur acara beriani amal Cabaran Presiden, Encik Shaick Fakrudeen S Ali.



Jumlah itu berjaya diraih dengan sokongan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) serta masjid dan penderma di sini.



Orang ramai yang ingin menyumbang kepada Cabaran Presiden boleh membeli kupon beriani amal berharga $10 setiap satu di semua masjid.



Penderma boleh mendapatkan beriani itu di Masjid Khalid pada 25 Ogos ini.



Alamat Masjid Khalid ialah 136 Joo Chiat Road, Singapura 427727 (berdekatan Joo Chiat Complex).



Keterangan lanjut boleh didapatkan dengan menghubungi talian 6345-2884.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >