SEBUT sahaja jenama Hyatt, pasti terbayang ruangan mewah yang dihias indah serta khidmat cemerlang pekerjanya.
Tidak kira siang atau malam, di Singapura atau Amerika Syarikat, para petugas hotel-hotel Hyatt seantero dunia berusaha memenuhi segala tuntutan tetamu tanpa sekelumit pun rasa jemu.