AP baru sudah masuk gelanggang

Saktiandi: Isu kewangan, rumah sewa sering timbul

Selang beberapa hari setelah menyambut kemenangan dalam Pilihan Raya Umum pertama mereka, Encik Amrin Amin, Cik Rahayu Mahzam dan Encik Saktiandi Supaat sudah mula menyingsing lengan memulakan tugas sebagai Anggota Parlimen baru, NIZAM ISMAIL (nizam@sph.com.sg) dan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg) mewawancara tiga AP Melayu/Islam terbaru.

BANTUAN kewangan dan rumah sewa merupakan antara isu yang diketengahkan penduduk Melayu dalam Sesi Bertemu Penduduk (MPS) di Blk 18 Lorong 7 Toa Payoh, kata Anggota Parlimen (AP) baru GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.

"Isu penduduk Melayu/Islam secara umumnya tidak berlainan daripada isu kaum lain, tetapi isu yang sering timbul termasuk bantuan kewangan untuk anak-anak, keluarga serta bantuan rumah sewa," ujar Encik Saktiandi.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun