PELUANG untuk belia, sokongan prasarana bagi warga emas dan bantuan kewangan bagi pelajar memerlukan adalah tiga perkara yang akan diperjuangkan calon PAP, Encik Saktiandi Supaat (gambar), sekiranya beliau dipilih menjadi Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh.
Beliau mengongsi rancangannya bagi penduduk kawasan undi itu dalam rapat pilihan raya yang diadakan di Stadium Toa Payoh, malam tadi.