Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SALAM AIDILFITRI

KENANGAN MENGUSIK JIWA: Lawat nenek di Johor, kek 'marble', anyam ketupat

May 03, 2022 | 05:30 AM



BERGEGAS memandu setiap pagi Hari Raya pertama untuk bertemu nenek yang menetap di Johor dan segera kembali ke Singapura sebelum waktu zuhur.



Itulah antara kenangan manis beraya yang terpahat dalam ingatan Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam.



Dalam perkongsiannya di edisi khas podcast #NoTapis Beraya, Cik Rahayu akui kesedihan dan kerinduan terasa pada rutin wajib mengunjungi sanak saudara di Malaysia yang tidak dapat dikendalikan sepanjang dua sambutan Lebaran kerana penutupan sempadan laluan darat Singapura-Malaysia ekoran Covid-19.



"Hari Raya adalah masa saya dan keluarga selalunya berkumpul dengan sanak-saudara di Malaysia yang jarang kami temui.



"Sedih rasanya apabila tidak dapat bertemu di musim Lebaran. Tradisi kami adalah memakai baju sedondon yang biasanya dipakai sewaktu menghadiri majlis kahwin terakhir anggota keluarga kami.



"Kami tak nak membazir. Jadi apa yang kami pakai semasa majlis kahwin itu dengan warnanya diselaraskan akan digunakan untuk Hari Raya juga," ceritanya.



Beliau bagaimanapun sebak mengenangkan dalam tempoh dua tahun tidak dapat beraya bersama keluarga dari seberang, terdapat beberapa anggota keluarga yang sudah pergi buat selama-lamanya.



"Saya terkesan mengingati detik manis kami beraya beramai-ramai. Sayangnya, ada anggota keluarga yang meninggal dalam tempoh dua tahun tidak dapat beraya bersama.



"Mudah-mudahan dengan kelonggaran langkah keselamatan Covid-19 yang diberi serta pembukaan semula sempadan Singapura-Malaysia, kami sekeluarga dapat hidupkan kembali peluang beraya bersama," jelasnya.



Cik Rahayu bagaimanapun menjelaskan kunjungan ke seberang Tambak mungkin belum mampu dilakukan segera pada musim perayaan tahun ini memandangkan pasport anaknya belum lagi diperbarui.



Ditanya mengenai kuih 'wajib' kegemarannya setiap Lebaran, beliau dengan cepat menjawab:



"Saya paling suka kek 'marble'. Arwah nenek menyerahkan resipinya kepada mak cik saya. Rasanya hanya beliau sahaja yang mampu buat kek 'marble' persis nenek. Kebiasaannya nenek bikin kek 'marble' tak banyak. Ia hanya untuk dimakan anak-beranak.



"Putu kacang juga merupakan antara yang saya gemari. Dah lama tak rasa yang 'original' dan dibuat mengikut cara orang dulu-dulu di mana bahannya dimasukkan dalam talam dan dijemur dulu.



"Saya tak tahu resipinya. Kebiasaannya saya tempah sahaja. Mungkin tahun depan nak belajar cara menyiapkannya."



Menyentuh tentang satu lagi nostalgia Lebaran, Cik Rahayu juga ingat betapa rajinnya ibunya menjahit langsir dan kusyen sebelum sibuk dengan tugas sebagai nenek yang menjaga cucu kini.



"Setiap tahun mak saya rajin jahit langsir. Mak saya berjimat orangnya. Apabila bikin langsir, dia tak nak membazir kain. Ada kerawang berbentuk seperti huruf U dan ada seperti huruf N.



"Baki kain langsir dijadikan kusyen bermacam bentuk. Ada yang berbentuk tiga segi. Begitulah kemeriahan kami apabila menyambut Hari Raya," ceritanya.



Namun, ada satu amanah menjelang Hari Raya yang beliau terasa 'bercinta' untuk bereskan tahun ini.



Kata Cik Rahayu:



"Saya dah janji dengan ibu tahun ini saya tak nak anyam ketupat. Sebab stres setiap tahun sampai bawa daun janur ke pejabat untuk dianyam. Biasanya saya dapat anyam 50 ketupat walaupun ibu kalau boleh nak saya bereskan menganyam 100 daun janur yang dibeli.



"Di rumah, hanya saya seorang yang pandai menganyam ketupat. Saya pula hanya tahu anyam ketupat bawang. Asalnya belajar daripada kawan sekolah dengan menggunakan reben. Tapi saya kemudian betul-betul belajar daripada arwah nenek jiran sebelah rumah.



"Saya bangga dengan tanggungjawab dan kemahiran yang dimiliki. Setiap tahun mak saya minta saya ajar anggota keluarga lain. Tapi asyik tak pandai-pandai menganyam. Mungkin saya belum ada kemahiran untuk mengajar cara menganyam ketupat dengan berkesan. Selepas janji tak mampu anyam ketupat tahun ini, alih-alih adik saya beli janur pula. Saya tanya siapa nak anyam? Dia kata, entah...siapa yang pandai anyamlah," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >