Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SalamSG agih daging korban, beriani kepada benefisiari Muis

Jul 31, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK 600 kilogram daging korban serta 700 paket nasi beriani telah diagihkan kepada benefisiari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di sekitar kawasan Taman Jurong dan Boon Lay semalam.



Pengagihan ini dianjurkan oleh anggota jawatankuasa SalamSG Korban sempena menyambut tahun baru Islam.



Daging korban ini dibawa dari Australia dan diagihkan semalam di Masjid Assyakirin.



Seawal 8.30 pagi, lebih daripada 100 sukarelawan daripada masjid tempatan, Muis dan ahli masyarakat telah turun padang ke Masjid Assyakirin untuk membungkus daging untuk diagihkan.



Turut menyertai sukarelawan ini dalam usaha pengagihan ini semalam adalah Presiden Muis, Encik Saat Abdul Rahman dan Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen.



Laporan lanjut: Muis ikhtiar ibadah korban boleh dilaksana di sini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >