Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saling hormat penting bagi Presiden beri nasihat kepada PM: Tharman

Aug 23, 2023 | 08:44 PM



Rasa saling menghormati antara Presiden dengan Perdana Menteri adalah penting kerana ia akan mempengaruhi keupayaan presiden menyampaikan nasihat secara bebas yang boleh dipertimbangkan secara serius, kata calon Presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam semasa bertemu media pada Rabu malam.

Ditanya seandainya beliau terpilih menyandang jawatan tertinggi negara itu, bagaimanakah beliau akan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan bebas semasa berinteraksi dengan pemerintah sedangkan beliau sendiri pernah menjadi sebahagian daripada anggota parti yang memerintah, Encik Tharman berkata:

“Ia bergantung pada hubungan yang ada antara Presiden dengan Perdana Menteri... jika mereka saling menghormati antara satu sama lain, maka Presiden akan mempunyai keupayaan lebih besar dalam memberikan nasihat secara bebas dan tahu ia akan diambil serius.”

Encik Tharman, yang ditemani isterinya, Cik Jane Yumiko Ittogi, telah mengunjungi HDB Hub di Toa Payoh dalam kunjungan awamnya yang pertama setelah disahkan sebagai calon bagi Pilihan Raya Presiden 2023.

Mereka beramah mesra dengan warga Singapura, termasuk pegerai dan orang awam, dengan ramai yang mahu bergambar bersama.

Tiada sebab tertentu mengapa beliau memilih tempat tersebut, kata Encik Tharman, namun, beliau memang “sudah merancang untuk datang ke Toa Payoh” dan “berjalan-jalan (bertemu orang ramai) di luar Jurong dan luar kawasan Barat adalah sesuatu yang saya mahu lakukan secara serius”.

Bercakap dengan media sebelum lawatannya itu, Encik Tharman, 66 tahun, antara lain menyentuh tentang simbol kempennya.

Beliau telah mengumumkan pada Hari Penamaan Calon pada Selasa bahawa buah nanas telah dipilih sebagai simbol kempennya.

“Kami ada pertimbangkan durian juga! Saya ada meminta pendapat ramai orang daripada pelbagai peringkat usia dan apa yang menarik ialah kami semua setuju akan buah nanas dalam masa kurang dari 10 saat. Ia sesuatu yang kami suka dan kami rasa ia mudah difahami,” ujarnya.

Menyentuh tentang poster yang diletakkan di merata negara sebagai sebahagian kempennya, Encik Tharman berkata pasukannya telah berusaha melakukan hal tersebut kerana “realitinya ialah ramai orang tidak mempunyai akses kepada media sosial”.

“Kami mahu tunjukkan bahawa pilihan raya presiden adalah penting, ia tidak kurang penting daripada pilihan raya umum.

“Mungkin suatu hari nanti kita tidak akan lagi memerlukannya (poster fizikal)... tetapi kami rasakan buat masa ini, ia masih berguna,” katanya.

Namun, Encik Tharman cepat menambah bahawa kertas dan dakwat yang digunakan bagi poster-posternya adalah mesra alam.

Awal sebelum ini, seorang lagi calon Presiden, Encik Ng Kok Song, telah memberitahu media bahawa beliau tidak akan meletakkan sebarang poster fizikal kerana mahu menjadi lebih “mesra alam”.

Encik Ng satu-satunya calon daripada tiga calon yang layak yang tidak mempunyai poster fizikal.

Sejak Selasa, poster Encik Tharman dan seorang lagi calon, Encik Tan Kin Lian, sudah kelihatan di merata negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >