Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan Aidilfitri di Rumah Peralihan, walau tidak berpeluang ziarah keluarga

May 29, 2020 | 04:19 PM



TIDAK seperti tahun yang lain, penghuni Rumah Peralihan Jamiyah (Darul Islah) kini tidak diberi kesempatan untuk pulang ke rumah menyambut hari pertama Aidilfitri bersama keluarga mereka ekoran langkah pemutus litar yang masih berkuat kuasa.


Namun, pihak Darul Islah telah membuat banyak penyesuaian bagi penghuni supaya mereka dapat tetap meraikan sambutan hari raya ini serta Ramadan lalu dengan meriah.



Antara penyesuaian yang disiapkan pihak itu adalah menyediakan sebuah kemudahan pertemuan keluarga menerusi wadah pautan video dan setiap 71 penghuni yang sedang menjalani pemulihan dadah itu turut diberi jubah baru yang disumbang penderma. 



“Saya telah memilih jubah warna putih ini kerana saya tahu, pasangan saya serta anak-anak saya turut memakai baju kurung putih juga,” kata seorang penghuni, berusia 30-an tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Muhammad.



Beliau sudah dipenjara lima kali sebelum ini atas kesalahan mencuri, melepak dengan sengaja serta beberapa kesalahan berkaitan dadah. 



“Sejak tiga tahun lalu, saya tidak diberi kesempatan menyambut Hari Raya bersama mereka,” katanya yang pernah mempunyai sebuah rumah tangga satu anak namun telah bercerai. Anaknya itu kini dijaga bekas isterinya.



Ketika dihubungi menerusi emel, Encik Mohamad Faizal Abas, Ketua Darul Islah berkata, selalunya pada Aidilfitri, penghuni rumah peralihan akan diberikan cuti satu malam.



“Mereka akan dibenarkan pulang ke rumah selepas solat Aidilfitri dan pulang kembali ke Darul Islah pada hari keesokannya antara pukul 8 dengan 9 malam.”



“Disebabkan langkah pemutus litar ini, kesemua pengunjungan keluarga secara fizikal telah digantung hingga 1 Jun nanti.



“Namun, penghuni dibenarkan menggunakan telefon bimbit mereka pada hari kunjungan tertentu - iaitu, setiap Rabu dan Ahad - untuk menghubungi orang tersayang secara biasa atau panggilan video,” jelas Encik Faizal.



Beliau, yang turut bersimpati terhadap penghuni Darul Islah ketika tempoh mencabar ini memberitahu bahawa antara usaha lain yang disiapkan pihaknya bagi sambutan Aidilfitri ini adalah sesi ‘Takbir Nusantara,’ menerusi pautan video.



Selain langkah-langkah tersebut, penghuni Darul Islah diberikan peluang menyediakan kad Hari Raya untuk dikirim orang tersayang - sejajar usaha Terapi Seni pihak Jamiyah sejak April lalu, sebelum mereka menyertai fasa pekerjaan.



“Saya telah mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,’ kepada pasangan dan anak-anak saya,” kata Encik Muhammad sambil meluahkan penghargaan kepada pihak Jamiyah yang telah menawarkan program Sokongan Kumpulan Bapa, kelas agama, serta peluang bagi mempersiapkan mereka untuk bekerja lagi - kesemua menerusi dalam talian sejak kebelakangan ini.



“Saya juga telah menulis bahawa saya sangat rindu kepada mereka dan saya ingin memeluk, mencium mereka serta meminta maaf atas kesalahan yang telah saya lakukan sebelum ini apabila saya pulang.



“InsyAllah, saya berharap pemerintah akan mengumumkan berita yang baik buat kami agar dapat pulang ke rumah tidak lama nanti.



“Jika saya diberi peluang itu, saya akan beli lauk Hari raya untuk menjamu selera bersama pasangan saya dan Happy Meal McDonald’s untuk anak-anak saya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >