Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan Hari Raya bagi hargai sumbangan pekerja penghantaran makanan

Apr 27, 2023 | 08:20 AM



LEBIH 100 pekerja penghantaran makanan di Bukit Panjang berkumpul untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama.



Sambutan itu, yang dipanggil Bukit Panjang Project Riders, adalah satu inisiatif anjuran Jawatankuasa Perundingan Rakyat Bukit Panjang (BPCCC) dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Bukit Panjang.



Sambutan itu diadakan di dewan serbaguna Kelab Masyarakat Bukit Panjang yang terletak di 8 Pending Road pada Rabu, sekitar 3 petang.



Selain menjamu selera dan mengambil bahagian dalam cabutan bertuah, pekerja penghantaran makanan juga berkongsi pendapat dan kebimbangan mereka tentang industri platform.



Ini termasuk kesan dan perubahan yang akan berlaku pada gaji yang dibawa pulang susulan pengumuman pemerintah semasa Belanjawan 2023 tentang pekerja platform dikehendaki membuat sumbangan kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pada separuh kedua tahun 2024.



Penasihat pertubuhan akar umbi (GRO) Bukit Panjang, Encik Liang Eng Hwa, menyertai majlis itu dan beramah tamah dengan pekerja tersebut untuk mendengar kebimbangan, cadangan dan aspirasi mereka.



Dalam ucapannya, Encik Liang melahirkan penghargaannya kepada pekerja penghantaran makanan.



"Pekerja penghantaran makanan di Bukit Panjang adalah sebahagian daripada masyarakat kita. Mereka juga merupakan penduduk di kawasan ini.



"Mereka menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang baik melalui kerja keras harian mereka, tidak kira cuaca panas atau hujan.



"Melalui sambutan ini, kita ingin bersama menghargai sumbangan mereka ini dan menjalin hubungan rapat antara satu sama lain."



Sebelum ini, Bukit Panjang Project Riders adalah inisiatif anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra) yang bertujuan menghargai peranan pekerja penghantaran makanan semasa pandemik Covid-19.



Ia kemudian diambil alih BPCCC dan MAEC Kelab Masyarakat Bukit Panjang pada tahun seterusnya. Edisi pertama Bukit Panjang Project Riders diadakan pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >