Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan Tahun Baru maya di estet perumahan

Dec 24, 2020 | 05:30 AM



PROGRAM masyarakat acara kira detik akhir tahun akan diadakan di alam maya buat kali pertama tahun ini sedang negara menghampiri pembukaan semula Fasa 3 dalam keadaan berwaspada semasa tempoh perayaan ini.



Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Rakyat (PA) semalam, penduduk boleh menjangkakan pelbagai program menarik yang telah disusun jawatankuasa penganjur kawasan undi merangkumi para pegawai dan sukarelawan.



Mereka mengambil masa beberapa bulan untuk merancang dan memastikan program yang dilaksanakan dijalankan dengan selamat dan dapat dinikmati seluruh keluarga secara dalam talian dalam keselesaan rumah masing-masing.



Di acara alam maya Kira Detik Bedok, penduduk boleh menjangkakan disko senyap dan mengambil bahagian dalam menulis harapan mereka untuk Tahun Baru bagi diri mereka dan negara.



Di acara Kira Detik Alam Maya GRC Marsiling-Yew Tee pula, terdapat gabungan hos selebriti dan penyanyi tempatan yang akan membuat persembahan secara langsung



Para penduduk juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan "My Favourite 2020 Family Moment" untuk mengongsi detik paling diingati sepanjang tahun ini.



Di samping itu, di acara Kira Detik@Nanyang pula, selain persembahan band secara langsung serta permainan interaktif, keluarga diundang secara dalam talian untuk mengongsi pengalaman mereka semasa Covid dan harapan mereka untuk tahun 2021.



Beberapa program alam maya akan berakhir dengan penstriman bunga api secara langsung, sekali gus memberi simbol harapan dan aspirasi sebagai satu masyarakat untuk mengimbas dan memandang ke hadapan sebagai satu masyarakat bersatu dan lebih kukuh pada 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >