Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sanisah bawa peminat susuri jalan kenangan

Jul 25, 2022 | 05:30 AM



KONSERT biduanita Sanisah Huri yang lama dinanti-nanti peminat sebab tertunda dek pandemik Covid-19 beberapa kali sebelum ini akhirnya berlangsung penuh meriah kelmarin.



Dewan Konsert Esplanade bergema dengan suara lunak Sanisah, 70 tahun, yang tampil dengan 20 lagu 'hit' yang setiap satu mempunyai cerita dan seja-rah di sebaliknya.



Dari tingkat pertama hingga tingkat keempat, dewan konsert sarat terisi 1,500 peminat daripada pelbagai golongan usia yang ingin menyusuri jalan kenangan dengan lagu malar segar Sanisah, yang masih anggun serta sentiasa terukir senyuman di bibirnya.



Konsert Sanisah Huri - Pelayaran Seni Lima Darsawarsa selama hampir dua jam dibuka tirainya dengan lagu Ku Rindu Pada Mu dan runut bunyi filem A-Go-Go '67, Siapa Gerangan.



Jika biasanya beliau dikenali sebagai bintang pemalu dengan budi bicara sopan dan tidak banyak berkata-kata, malam kelmarin Sanisah yang ingin berkongsi perjalanan seninya mudah berinteraksi dan pandai bergurau mencuit hati penonton dapat dilihat.



Lagu berirama Hindustan (Ku Jangan Ditinggalkan), keroncong (Keroncong Mencari Bahagia) dan joget (Joget Malam Berinai) berkumandang membuatkan beberapa penonton sebaya terhibur dan mengenang zaman muda mereka.



Di puncak jaya kerjayanya, Sanisah tidak melupakan orang yang banyak berjasa dalam mencoraknya menjadi penyanyi diingati hingga kini, termasuk penggubah lagu Allahyarham Kassim Masdor dan penulis lirik Yusnor Ef.



Beliau turut memberi penghormatan kepada kumpulan yang pernah mengiringinya, seperti The Terwellos, The Hooks dan kugiran Indonesia, Clique Fantastique, serta biduanita Rafeah Buang dan Kartina Dahari yang menjadi sumber inspirasinya.



Sanisah juga berkata tidak ramai tahu tentang penggubah lagu popular Si Baju Hijau, Asnadi Markop, yang tidak pernah beliau temui hingga hari ini.



"Saya mengucapkan terima kasih kepada Asnadi dan juga penulis lirik lagu ini, A. Romzi. Tak ramai tahu penyanyi A. Romzi yang menghasilkan lirik Si Baju Hijau," ujarnya.



Sanisah menyingkap semula bagaimana lagu Tahun Sedih Bagiku membuatnya terkenang kisah pemergian datuknya yang memberi impak padanya dan payah dilupakan.



Irama lagu Gelisah yang mendayu-dayu pula merupakan luahan rasa Yusnor yang ketika itu resah apabila cintanya pada seorang gadis Punjabi tidak diterima. Namun, bak jodoh tak ke mana, gadis itu miliknya hingga hari ini.



Seorang peminat Sanisah, Cik Manisah Hamdan, 67 tahun, yang datang bersama beberapa rakan sebaya, berkata: "Sanisah adalah penyanyi wanita yang penuh sopan santun dan beradab ketika berbicara. Orang sekarang ada Siti Nurhaliza yang positif imejnya. Zaman saya dahulu Sanisah.



"Saya suka dengan kandungan lagu-lagunya. Di sebalik lagu cinta Kisah Tuah dan Tijah serta Taj Mahal, ada kisah perjuangan dan pengorbanan Hang Tuah dan Tun Teja serta Shah Jahan dan Mumtaz Mahal."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >