Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sara hidup ibu bapa: Tahap bantuan dari anak kekal tinggi, kata Fahmi

Namun, inflasi dan kos sara hidup meningkat dikhuatiri jejas lebih ramai individu tanggung orang tua
Dec 05, 2022 | 05:30 AM



TAHAP sokongan anak terhadap ibu bapa kekal tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu di Singapura, dengan keluarga merupakan lapisan sokongan pertama untuk memenuhi keperluan warga emas.



Ini dinyatakan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, yang bagaimanapun prihatin inflasi dan kos sara hidup meningkat akan menjejas keupayaan lebih ramai individu, terutamanya golongan 'sandwic', untuk menanggung anak dan orang tua.



"Dengan kos sara hidup dan inflasi meningkat, ada yang rasa terjejas tetapi saya berharap mereka dapat mengutamakan keperluan dan mengekalkan keseimbangan.



"Apa yang penting ialah nilai keluarga, melalui susah dan senang bersama," kata Encik Fahmi, yang merupakan Anggota Parlimen GRC Marine Parade.



Pelbagai skim bantuan pemerintah seperti ComCare juga penting bagi menyokong dan meringankan beban golongan ini, tambahnya.



Encik Fahmi, yang juga anggota kumpulan kerja Semakan Akta Penyaraan Ibu Bapa (MPA), berkata demikian dalam satu wawancara dengan Berita Harian.



Diluluskan pada 1995 dan kali terakhir dipinda pada 2010, akta itu membolehkan ibu bapa yang sudah tua dan memerlukan, serta tidak berdaya menyara diri, menuntut nafkah daripada anak yang mampu menyokong mereka tetapi tidak berbuat demikian.



Satu tinjauan yang dijalankan kumpulan kerja semakan MPA menunjukkan empat dalam lima orang di Singapura bersetuju bahawa anak-anak harus membalas jasa dan menjaga orang tua yang telah membesarkan mereka.



Tinjauan melibatkan 1,000 responden itu dijalankan pada Januari hingga Februari lalu, sebagai sebahagian daripada usaha mendapatkan pandangan orang awam mengenai semakan MPA.



Kumpulan kerja itu baru-baru ini membentangkan saranannya untuk meminda akta itu bagi mencapai keseimbangan antara melindungi warga emas yang mudah terjejas, serta melindungi anak daripada penyalahgunaan akta tersebut.



Antara perubahan yang disarankan, ibu bapa yang mempunyai rekod mendera, mengabaikan atau meninggalkan anak perlu mendapatkan izin pihak berkuasa sebelum memohon untuk menuntut nafkah dari anak.



Satu lagi perubahan yang disarankan adalah memperkasa pihak berkuasa mencari anak yang mengabaikan ibu bapa untuk menghadiri pendamaian wajib di pejabat Pesuruhjaya Penyaraan Ibu Bapa (CMP) tanpa memerlukan permohonan rasmi daripada ibu bapa.



"Kita perlu cuba memahami mengapa anak itu tidak memberi nafkah kepada ibu bapa. Mesti ada sikap tanggungjawab.



"Tindakan guaman untuk menuntut nafkah hanyalah jalan terakhir untuk menyokong warga emas yang memerlukan langkah ini," ujar Encik Fahmi.



Meskipun terdapat undang-undang yang membolehkan warga emas menuntut nafkah daripada anak, bilangan warga emas yang berbuat demikian kekal rendah.



Tahun lalu, sebanyak 110 kes dikemukakan kepada CMP.



Sekitar 90 peratus daripada permohonan ibu bapa yang menuntut nafkah daripada anak di bawah CMP dihuraikan tanpa perlu mengambil tindakan guaman, sedang ibu bapa dan anak diwajibkan untuk melalui pendamaian terlebih dahulu.




"Dengan kos sara hidup dan inflasi meningkat, ada yang rasa terjejas tetapi saya berharap mereka dapat mengutamakan keperluan dan mengekalkan keseimbangan. Apa yang penting ialah nilai keluarga, melalui susah dan senang bersama...



Kita perlu cuba memahami mengapa anak itu tidak memberi nafkah kepada ibu bapa. Mesti ada sikap tanggungjawab. Tindakan guaman untuk menuntut nafkah hanyalah jalan terakhir untuk menyokong warga emas yang memerlukan langkah ini."



- Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >