Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saranan bagi lindungi kanak-kanak daripada bahaya dalam talian diusul

Nov 10, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA Anggota Parlimen (AP) menyarankan beberapa langkah untuk melindungi kanak-kanak daripada bahaya dalam talian, termasuk memperkukuh sistem pengesahan usia dan mengawal masa skrin.



Menyertai perbahasan tentang rang undang-undang keselamatan dalam talian di Parlimen semalam dan kelmarin, AP menimbulkan keprihatinan mereka terhadap kesan kandungan bahaya itu terhadap anak muda.



Mereka mengusulkan agar Kod Amalan bagi Keselamatan Dalam Talian diperhalusi untuk memberi perlindungan yang lebih baik kepada pengguna muda.



Encik Desmond Choo (GRC Tampines) berkata sistem pengesahan usia harus diperkukuh untuk memastikan perkhidmatan media sosial lebih bertanggungjawab melaksanakan sistem yang selamat.



"Saya prihatin proses pengesahan usia sekarang boleh dielak (pengguna media sosial muda).



"Contohnya, seorang kanak-kanak 12 tahun boleh secara palsu meletakkan usia mereka sebagai 21 tahun, dan justeru tidak akan dianggap sebagai pengguna bawah umur oleh perkhidmatan media sosial," kata Encik Choo.



Mengulas keprihatinan AP, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, berkata buat masa ini, tiada konsensus di peringkat antarabangsa mengenai piawaian bagi pengesahan berkesan oleh perkhidmatan media sosial.



"Kami akan terus memantau dan mendapatkan pandangan secara meluas mengenai perkembangan terbaru dalam teknologi pengesahan usia, mengambil kira perlindungan data," kata Cik Teo.



Ada perkhidmatan media sosial kini menggunakan kecerdasan buatan, teknologi pembelajaran mesin, dan algoritma pengecaman wajah untuk mengenal pasti dan memadam akaun bawah umur.



Encik Melvin Yong (Radin Mas) pula mengusulkan agar masa skrin untuk pengguna kanak-kanak kecil dikawal.



"Masa skrin yag berlebihan telah dikaitkan dengan hasil pembangunan yang tidak baik, dan kita perlu memastikan anak muda tidak terjerat dalam kegiatan melayari kandungan media sosial secara sia-sia," ujar Encik Yong.



Cik Teo juga berkata pemerintah akan terus bekerjasama dengan perkhidmatan media sosial, pendidik dan pihak berkepentingan lain untuk membantu ibu bapa menavigasi ruang dalam talian.



Encik Yong juga bertanya jika pemerintah bersama penyedia khidmat komunikasi dalam talian akan mempertimbangkan penubuhan pasukan bertindak yang mengawal diri bagi memperkukuh keselamatan dalam talian.



Cik Teo berkata pemerintah akan meneroka saranan itu apabila mendekati industri secara lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >