Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saranan bantu perbaiki budaya kitar semula di Singapura

Oct 21, 2019 | 03:12 PM



APLIKASI telefon bimbit yang menyediakan ganjaran dan potongan harga kepada pengguna untuk memberi motivasi kepada pelanggan untuk membawa bekas makanan mereka sendiri.

 

Ini untuk membolehkan mereka membungkus makanan mereka supaya tidak menggunakan bekas plastik guna sekali.

 

Saranan itu adalah dari sembilan idea yang difikirkan oleh 45 orang awam dalam tempoh sebulan sebagai sebahagian daripada kumpulan kerja "hak kitar semula" yang dianjurkan oleh Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR).

 

Satu lagi idea ialah memperkenalkan tong kitar semula  yang dapat dilihat isi tong sampah itu. Ia akan dilengkapi dengan nota yang mengingatkan mereka untuk membersihkan dan mengeringkan barangan mereka sebelum memasukkannya ke dalam tong.



Sesi keempat dan terakhir kumpulan kerja itu diadakan pada Ahad (20 Oktober) di bangunan MEWR di Scotts Road.



Sembilan pasukan dalam kumpulan kerja itu telah membentangkan laporan mereka untuk dipertimbangkan oleh MEWR dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Kumpulan kerja itu adalah sebahagian daripada usaha pemerintah untuk bekerjasama dengan orang ramai untuk mereka bentuk dan melaksanakan huraian merentasi pelbagai isu, termasuk isu alam sekitar.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >