Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saranan baru perlukan semua pertubuhan senarai dengan pendaftaran ID SMS yang disokong pemerintah untuk perangi penipuan

Aug 15, 2022 | 09:30 PM



Semua pertubuhan  yang berkomunikasi dengan orang ramai melalui SMS perlu menyenaraikan ID penghantar SMS mereka dengan satu pendaftaran pusat yang disokong pemerintah, jika satu cadangan pelbagai serampang untuk menangani penipuan diluluskan.


Pendaftaran ID Pengirim SMS Singapura (SSIR), yang mula beroperasi pada Mac tahun ini, dikatakan mampu mengesan dan menyekat SMS palsu.


Ia dikendalikan  anak syarikat Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Singapore Network Information Centre.


Sejak dilancarkan, lebih 120 pertubuhan  sektor awam dan swasta telah mendaftar.


Sejak pelancaran pendaftaran itu, jumlah kes penipuan SMS yang dilaporkan telah merosot tiga kali ganda, kata IMDA pada Isnin (15 Ogos).


“Untuk membina keupayaan pencegahan penipuan  lebih kukuh, kami berhasrat mahu  menjadikan pendaftaran SSIR sebagai satu keperluan bagi pertubuhan yang menggunakan ID pengirim,” kata IMDA.


Ini bermakna hanya ID pengirim yang berdaftar akan dibenarkan untuk menghantar SMS.

Semua ID penghantar lain yang tidak berdaftar akan disekat secara automatik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >