Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sasterawan Aziz Fakir meninggal

Oct 16, 2021 | 05:30 AM



SASTERAWAN dan guru pesara, Cikgu Aziz Fakir, 80 tahun, telah meninggal dunia kelmarin.



Menurut balunya, Cik Rubiah Abu, 70 tahun, Allahyarham yang sudah lama menghidap bronkitis, tiba-tiba rebah semasa berada di sebuah pusat pemulihan di Kampung Admiralty kelmarin dan kemudian dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) di mana beliau meninggal dunia sekitar 5 petang.



"Semasa hendak membuat senaman, tekanan darah arwah sangat rendah dan paras oksigen dalam darah cuma 60 peratus.



"Arwah tak dapat melakukan senaman dan tiba-tiba rebah, tak sedar dengan mulutnya berbuih.



"Selepas sampai di hospital, arwah dah tak ada," ujar Cik Rubiah sambil menambah, anak sulungnya yang menghantar arwah ke pusat pemulihan itu.



Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang ke-81 pada 21 Oktober ini, meninggalkan seorang balu serta tiga anak lelaki berusia antara 30 dengan 47 tahun.



Jenazah Allahyarham, yang nama sebenarnya ialah Abdul Aziz Pakkeer Mohamed, dikebumikan pagi semalam.



Menurut Cik Rubiah, yang tinggal di Woodlands bersama arwah dan anak bongsunya yang kurang upaya, beliau tidak sempat menatap wajah suaminya sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir kerana perlu menjaga anaknya.



"Dari (kelmarin) arwah keluar rumah sampai lepas jenazahnya dimandikan, baru saya dapat melihatnya.



"Arwah tak menunjukkan tanda apa-apa kecuali meminta lebih perhatian daripada saya.



"Sebelum keluar pagi (kelmarin), arwah minta saya mandikannya walaupun tak pernah meminta begitu dan minta saya mengurut lehernya. Saya juga sempat mengetip kukunya," katanya.



Menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan, beberapa penggiat seni dan sastera Melayu Singapura berkata kesan yang ditinggalkan Allahyarham masih dapat dirasa.



Antara mereka termasuk wartawan pesara dan penulis veteran Singapura Mohd Raman Daud yang berkata:



"Beliau guru berdedikasi dari segi profesi dan gigih menyuburkan taman sastera kita."



Pelakon veteran Joe Jasmi, atau nama sebenarnya Jasmi Md Nor, yang juga presiden pertubuhan PRIHATIN (Penggiat Seni Melayu Singapura), berkata mereka sebenarnya merancang mengadakan acara untuk membantu dengan kebajikan penggiat seni termasuk Allahyarham.



"Malangnya, kami mendapat berita arwah telah pulang ke Rahmatullah.



"Beliau telah banyak berjasa kepada negara dan bangsanya sebagai seorang pendidik yang berdedikasi sejak Singapura belum merdeka lagi.



"Beliau mengajar di pulau-pulau selatan Singapura ketika itu, termasuk Sekolah Pulau Seking, serta menulis dan menerbitkan beberapa buku yang menyimpan banyak kenangan beliau dalam bidang pendidikan dan suasana kehidupan di pulau-pulau selatan Singapura seperti Senja Di Pantai dan Aku Di Sebuah Pulau," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >