Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sats: Ramai lapor bagasi hilang, rosak setiba di SG

Akibat isu di lapangan terbang pelepasan, masalah tenaga manusia global
Jun 25, 2022 | 05:30 AM



SEMAKIN ramai pelawat yang terbang ke Singapura melaporkan bagasi hilang atau rosak akibat isu di lapangan terbang pelepasan mereka dek masalah tenaga manusia global, kata pengendali darat Lapangan Terbang Changi, Sats.



Beberapa pelancong juga melaporkan masa menunggu lebih lama untuk mengambil bagasi mereka selepas ketibaan, namun matlamat perkhidmatan tetap dicapai bagi kebanyakan penerbangan ke Singapura, kata Sats kepada akhbar The Straits Times kelmarin.



Beberapa lapangan terbang di dunia - antaranya Lapangan Terbang Heathrow di London - sedang menghadapi barisan panjang serta isu bagasi sedang industri pelancongan udara mula pulih.



Walaupun Singapura dan Asia dapat mengelak keadaan huru-hara di lapangan terbang, pakar telah memberi amaran bahawa rantau ini mungkin menghadapi masalah sama dengan meningkatnya pelancongan udara.



"Masalah di lapangan terbang pelepasan menjejas kami dan penumpang," kata jurucakap Sats.



"Kami mendapati bahawa terdapat peningkatan pada pertanyaan tentang bagasi hilang atau rosak dari pelancong yang tiba di Singapura."



Jurucakap itu tidak menyediakan sebarang angka. Namun, beliau berkata peningkatan jumlah bagasi rosak mungkin disebabkan bagasi yang memerlukan pembaikan setelah kian lama tidak digunakan.



Berkenaan masa yang diperlukan untuk mendaftar masuk dan mengambil bagasi, beliau berkata Sats sedang meneliti julat metrik kualiti perkhidmatan.



"Penumpang dari beberapa penerbangan mungkin mengalami masa menunggu lebih lama untuk bagasi mereka akibat beberapa sebab, termasuk keadaan cuaca teruk dan peningkatan ketibaan penerbangan," jelas jurucakap tersebut.



"Untuk pelepasan, kami menggalakkan penumpang untuk mengambil kira dua jam untuk mendaftar masuk, akibat langkah kesihatan perjalanan yang dipertingkatkan serta peraturan masuk sempadan yang lebih ketat."



Melangkah ke hadapan, Sats akan bekerjasama dengan lapangan terbang dan syarikat penerbangan tentang peruntukan penerbangan dan waktu penerbangan, kata jurucakap itu.



Ini berfungsi untuk mengembangkan penerbangan supaya bilangan pelancong pada satu-satu masa berada pada tahap terkawal.



Sats juga sedang menggunakan teknologi dan mengerahkan sumber dengan lebih cekap untuk menangani lalu lintas udara yang semakin berkembang.



dnata, satu lagi pengendali darat Lapangan Terbang Changi, enggan memberi komen tentang bagaimana mereka mengatasi keadaan tersebut.



Sektor penerbangan di sini telah kehilangan sekitar satu pertiga daripada 35,000 tenaga kerjanya dalam tempoh dua tahun lalu.



Ia bertujuan untuk memulihkan tenaga kerja kepada sekitar 85 peratus tahap prapandemik menjelang akhir tahun ini.



Lapangan Terbang Changi berkata sekitar 6, 600 pekerjaan tersedia di lapangan terbang bulan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >