Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Satu perempat pembeli flat jualan semula bayar wang tunai lebihi taksiran

Desmond Lee: Jumlah itu bagi tempoh Jan-Okt tahun ini
Nov 30, 2022 | 05:30 AM



KIRA-kira satu daripada empat pembeli rumah flat dijual semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) membayar wang tunai melebihi taksiran (COV) antara Januari dengan Oktober 2022, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee kelmarin.



Jumlah ini naik dari 2020, ketika kira-kira satu daripada lima pembeli flat jualan semula membayar COV, kata Encik Lee.



Namun, ini adalah peningkatan dari 2021, semasa hanya satu daripada tiga pembeli membayar COV, tambah beliau.



Encik Lee berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Parlimen Encik Louis Chua (GRC Sengkang), yang bertanya mengenai perkadaran semasa urus niaga flat dijual semula HDB dengan COV.



COV merujuk kepada perbezaan antara harga jualan flat dijual semula dan penilaian HDB sebenar, yang hanya boleh dibayar secara tunai oleh pembeli.



Majoriti pembeli tidak perlu membayar sebarang COV pada 2022, kata Encik Lee.



Bagi setiap jenis flat, persentil ke-25 dan median COV di semua bandar adalah sifar, manakala persentil ke-75 COV menjulat dari $5,000 hingga $38,000, tambahnya.



Harga untuk flat dijual semula HDB telah meningkat untuk 10 suku lalu, naik 2.6 peratus pada suku ketiga 2022.



Terdapat 21,299 flat dijual semula HDB dijual dalam tiga suku pertama 2022.



Pada 2021, 31,017 unit dijual semula bertukar pemilik, manakala pada 2020, jumlah itu adalah 24,748.



Langkah penyejukan untuk pasaran hartanah diperkenalkan sejak beberapa bulan lalu termasuk mengurang had pinjaman-kepada-nilai bagi pinjamin HDB daripada 85 peratus kepada 80 peratus, serta pengenalan kadar faedah 3 peratus untuk permohonan surat kelayakan pinjaman.



Sementara itu, pemilik rumah privet yang ingin membeli flat dijual semula HDB kini perlu menunggu 15 bulan selepas menjual rumah mereka.



Secara berasingan, Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh bertanya mengenai harga flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di estet matang untuk sembilan bulan pertama 2022, serta nisbah khidmat gadai janji untuk pembeli yang mengambil pinjaman HDB untuk flat BTO di estet matang pada masa ini.



Awal bulan ini, Encik Pritam (GRC Aljunied) telah berbalah dengan Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), Cik Indranee Rajah mengenai isu kos pembangunan bagi flat HDB baru dan butiran subsidi yang disediakan kepada pembeli.



Cik Indranee telah meminta ketua Parti Pekerja itu memfailkan soalan parlimen mengenai kemampuan rumah flat di estet matang.



Encik Lee berkata dalam jawapan bertulis kepada Encik Pritam bahawa harga median flat BTO di estet matang berjumlah $364,000 untuk flat tiga bilik, $597,000 untuk flat empat bilik, dan $784,000 untuk unit lima bilik semasa tiga suku pertama 2022.



Harga flat BTO di estet matang secara amnya lebih tinggi daripada di estet tidak matang, sebahagian besarnya berpunca daripada faktor seperti jaraknya yang berdekatan dengan pusat bandar dan kemudahan, kata Encik Lee.



Beliau menambah bahawa HDB menyediakan "subsidi dan geran yang besar".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >