Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Satu positif Covid-19 daripada 828 penduduk dan pelawat dua blok di Hougang: MOH

Jun 05, 2021 | 09:37 PM



 





Satu daripada 828 penduduk dan pelawat di Blok 501 dan 507 Hougang Avenue 8 yang diuji untuk Covid-19, didapati positif manakala yang lain adalah negatif.



 



Demikian menurut Kementerian Kesihatan  (MOH) dalam kenyataan pada Sabtu (5 Jun), dengan butiran mengenai kes positif akan diberikan nanti. 



 



Kesemua penduduk kededua blok itu serta Blok 745 Yishun Street 72, telah menjalani ujian swab mandatori awal minggu ini pada Selasa dan Rabu lalu (1 hingga 2 Jun).



 



Ini setelah langkah pemantauan dan ujian air sisa menunjukkan kemungkinan adanya jangkitan Covid-19 di sana. 



 



MOH juga memberikan perkembangan tentang operasi ujian mandatori yang dijalankan sejak Jumaat (4 Jun) ke atas seramai 1,208 penduduk di Blok 506 Hougang Avenue 8 dan kakitangan di kedai-kedai di tujuh blok berhampiran. 



Sehingga 5 petang pada Sabtu,  776 individu didapati negatif. 



Hasil ujian bagi baki 432 orang masih lagi dinantikan. 



Operasi dua hari itu akan dilanjutkan untuk satu hari lagi sehingga Ahad (6 Jun) kerana tahap respons yang tinggi bagi ujian itu, tambah MOH. 



Bagi seramai 1,808 pelawat Blok 506 serta penduduk dan pelawat di blok-blok berhampiran yang diuji, 1,246 individu didapati negatif dan hasil ujian bagi 562 orang masih dinantikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >