Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Satukan penjual dan pembeli makanan lebihan

Jan 25, 2021 | 05:30 AM



Perubahan iklim yang semakin ketara dan impaknya terhadap kehidupan manusia telah mencetus lebih banyak idea perniagaan lebih inovatif. Malah, peluang dalam industri sekitaran dan kemampanan kini terbuka lebih luas, didorong trend pengguna yang semakin berubah. BERITA HARIAN mengetengahkan beberapa profil dalam industri itu.



SETELAH melihat keluarganya membuang makanan lebihan dari peti sejuk mereka, sekali gus menyumbang kepada isu pembaziran makanan, Encik Preston Wong mendapat idea membangunkan sebuah platform bagi orang ramai menjual atau mengongsi makanan lebihan mereka.



Tetapi ia mengambil sekitar setahun untuk melakukan kajian pasaran dan pembangunan aplikasi sebelum beliau melancarkan treatsure, sebuah aplikasi yang bertindak sebagai pasar bergerak bagi peniaga dan pembeli menjual dan membeli makanan lebihan yang akan dibuang.



"Rakan niaga kami sekarang termasuk sembilan hotel yang membolehkan pelanggan membungkus makanan dari sajian bufet mereka pada bayaran $10 sekotak," kata Encik Wong, ketua eksekutif syarikat itu.



Namun, pandemik Covid-19 yang melanda telah mendatangkan cabaran yang tidak menentu terhadap industri seperti pelayanan dan restoran bufet.



Namun, Encik Wong, 31 tahun, telah melaksana strategi perniagaan berbeza sebelum pandemik itu melanda, iaitu treatsure dikembangkan kepada sebuah perniagaan runcit yang menjual barangan lebihan.



"Kami sangat gembira kerana semasa pemutus litar (jangkitan Covid-19) dijalankan pada April tahun lalu, ia telah merubah pengalaman menjamu selera di restoran yang menghidangkan sajian bufet."



Mengenai rancangan masa depan bagi treatsure, Encik Wong berkata sekatan yang dilaksana sekarang disebabkan pandemik itu kekal sebagai satu cabaran buat mereka.



"Kami ingin mengembangkan senarai rakan niaga kami dalam bidang runcit dan juga barangan yang boleh diselamatkan.



"Kami juga akan membuat penyelidikan dan pembangunan dalam beberapa teknologi dan huraian baru bagi mengurangkan pembaziran makanan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >