Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WIRA TANPA SANJUNGAN

'Saya rasa macam saya sedang cair...'

Feb 09, 2022 | 05:30 AM



Dua kebakaran sempena cuti panjang Tahun Baru Cina yang baru berlalu mengejutkan ramai. BERITA HARIAN mengetengahkan wira dan wirawati yang telah menggadai nyawa memadamkan api yang menyala sambil menyelamatkan orang lain.




KEBAKARAN DI TELOK BLANGAH RISE



TATKALA Leftenan Gangadevi Rountan tiba di Blok 39, Telok Blangah Rise sekitar 4.45 pagi pada 29 Januari, api berwarna oren kelihatan menjalar dari sebuah flat di tingkat 10.



Sedang penduduk ketakutan tergesa-gesa menuju ke tingkat bawah, bahang menyebabkan kaca dan konkrit blok HDB itu jatuh ke tanah.



Di flat itu, api berwarna oren dan biru marak keluar dari pintu hadapan yang terbuka.



Mengenang kejadian itu, Lt Gangadevi, seorang komander Rota di Balai Bomba Alexandra, berkata ia antara api kebakaan terbesar di flat HDB yang pernah beliau lihat dalam 15 tahun perkhidmatannya.



Ditanya apakah beliau berasa gentar melawan api itu, Lt Gangadevi, 35 tahun, yang mengetuai pasukan responden pertama, berkata:



"Saya tidak rasa takut untuk jalan masuk tetapi saya tidak akan berbohong, panasnya sangat kuat. Saya rasa macam saya sedang cair."



Kebakaran itu dipercayai mengorbankan seorang wanita, manakala seorang lagi dibawa ke hospital kerana terhidu asap. Wanita maut itu dikatakan adalah pembantu rumah warga Indonesia berusia 48 tahun yang bekerja di sini sejak tiga tahun lalu, lapor akhbar, Shin Min Daily News.



Seorang penghuni flat terbakar itu, Chia Gek Yong, 72 tahun, didakwa melakukan aniaya berhubung kebakaran tersebut. Dia direman bagi pemerhatian psikiatri.



Kebakaran yang menyebabkan kira-kira 280 orang dipindahkan itu dipadamkan dalam masa sejam menggunakan dua jet air.



Operasi itu melibatkan kira-kira 45 responden dan 14 kenderaan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), lapor The Straits Times.



Kebakaran itu lebih mencabar dan marak kerana api biru dari dapur tidak dapat dipadamkan menggunakan air. Lt Gangadevi sedar ia mungkin didorong kebocoran gas di dapur dan, bersama Leftenan Kolonel Ryan Hoo Wei Kun, mematikan bekalan gas ke blok tersebut.



Lt-Kol Hoo, 39 tahun, yang merupakan komander keseluruhan di tempat kejadian, berkata:



"Sebaik sahaja kami mempunyai kru kami dan kami menutup injap (gas), ketika itulah keadaan berubah memihak kepada kami.



"Jika anda tidak menghapuskan bahan api, yang dalam kes ini adalah gas bandar, tidak mungkin anda boleh memadamkan api, ia akan terus menyala."



Pegawai tidak terlibat memadamkan api memberi bantuan dalam pemindahan dan rawatan perubatan.



Sarjan Delon Lam How Weng, 27 tahun, dan Sarjan Muhammad Faiz Kalid, 22 tahun, seorang anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa memecah masuk ke dalam sebuah flat terkunci di atas flat yang terbakar dan menemui seorang wanita terbaring tidak sedarkan diri.



Mereka membawanya keluar dari flat itu dan bergilir-gilir melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atasnya di lobi lif hingga kru ambulans mengambil alih.



"Kami terpaksa mencengkamnya dengan kuat dan menyokong kakinya untuk membawanya keluar dengan selamat. Apabila saya memulakan CPR ke atasnya, apa yang saya boleh fikirkan ialah memberikan yang terbaik untuk menyelamatkannya," kata Sarjan Lam.



Malangnya, wanita itu kemudian meninggal dunia di hospital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >