Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMPENA HARI IBU

'Saya rindu dirikan solat bersama anak saya... hantar dia pergi sekolah'

May 12, 2019 | 05:30 AM



CIK Nora (nama samaran) telah meringkuk di penjara hampir seluruh hidup anak lelakinya yang kini berusia 10 tahun.



Malah, beliau sedang ditahan di rumah tumpangan kanak-kanak perempuan semasa mengandung dan hanya diberi masa dua hari mendampingi bayinya selepas bersalin.



Ketika itu, Cik Nora akur beliau kurang tahu cara memberikan kasih sayang, dan tidak berasa terlampau sedih apabila dipisahkan daripada anaknya.



"Saya tidak menangis pun...," kata Cik Nora, kini 27 tahun.



"Tapi kini, saya berasa begitu menyesal apabila saya kenang kembali perkara yang saya lakukan sehingga saya menjadi sebegini," tambahnya.



Tidak hairanlah, tumpuan Cik Nora terpaku kepada anaknya itu apabila ditanya tentang rancangannya apabila dibebaskan daripada penjara September nanti.



"Saya rindu mendirikan solat bersama anak saya... hantar dia pergi sekolah," kata Cik Nora dengan wajah tenang.



"Sudah terlalu lama saya tidak memeluknya... mendengar suaranya."



Cik Nora bercakap dengan Berita Minggu (BM) baru-baru ini di penjara wanita di Changi, tempat tinggal 'tetapnya' sejak berusia 17 tahun.



Sejak saat itu, beliau telah lima kali keluar masuk penjara kerana kesalahan dadah. Namun, Cik Nora telah menghisap dadah sejak berusia 10 tahun, katanya.



"Mungkin saya bercampur dengan rakan-rakan yang melakukan kegiatan kurang sihat... mungkin ada pengaruh lain," katanya dengan wajah sugul.



Namun, wajahnya yang kecil yang sebahagiannya berada di balik cermin mata bingkai hitam kembali berubah menjadi ceria semasa bercakap tentang anaknya.



Kata Cik Nora, anaknya - yang dijaga oleh bapa dan ibunya - selalu berkata dia tidak sabar menanti ibunya itu pulang. Pasangan anak beranak itu boleh bertemu sekitar dua kali sebulan, apabila orang tua Cik Nora berpeluang membawa anaknya mengunjunginya di penjara.



Anaknya itu, Ahmad (nama samaran), kini berada dalam darjah empat, dan suka membantu orang lain dan membaca.



Justeru, Cik Nora berasa senang hati apabila dipilih menyertai program membaca New Life Stories.



Antara lain, beliau diberi peluang merakam suaranya apabila membaca cereka yang dikarangnya sendiri. Kemudian, rakaman itu akan disampaikan kepada anaknya di rumah oleh relawan daripada New Life Stories.



"Walau dia tak boleh nampak saya, tapi dia dapat dengar suara saya... bagi saya itu penting," ujar Cik Nora, yang muncul sebagai pelajar terbaik dalam kelasnya di penjara dan berhasrat bekerja dalam sektor makanan dan minuman (F&B) selepas dibebaskan nanti.



Ditemui BM di rumah yang dikongsi dengan datuk dan neneknya, Ahmad berkata dia amat merindui ibunya itu.



Memakai jersi pasukan bola sepak kegemarannya, Manchester City, Ahmad asyik bermain-main dengan dua ekor kucing yang bak mengubatai rasa rindunya itu.



"Saya tak sabar nak jumpa Umi. Bila Umi ada,Umi akan mandikan saya," katanya, dalam suara perlahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >