Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sayur salad jenama Pasar dan Iceberg ditarik balik

Oct 05, 2018 | 01:29 PM



SAYUR salad yang ditanam di Malaysia dan dijual di NTUC FairPrice dan pasar raya Sheng Siong di bawah jenama Pasar dan Iceberg ditarik balik selepas Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) mengesan paras racun serangga yang tinggi dalam produk tersebut. 



Dalam satu kenyataan semalam, AVA berkata sayur salad tersebut diimport dari ladang Malaysia oleh Go Fresh Impex. 



FairPrice mengesahkan bahawa produk tersebut ditarik balik hari ini dan berkata dalam satu kenyataan bahawa ia mendapati sesuatu yang luar biasa dalam produk tersebut dan telah merujuk kepada AVA untuk ujian makmal. 



“Hasil ujian tersebut mengesahkan pemerhatian kami dan mendedahkan bahawa produk itu mengandungi paras racun serangga yang lebih tinggi daripada yang dibenarkan,” menurut kenyataan itu. 



Pelanggan yang membeli produk tersebut di Fairprice dari 28 September hingga semalam (4 Oktober) boleh meminta untuk dikembalikan wang dengan penuh dari mana-mana cawangan Farirpice Khamis depan (11 Oktober). Resit tidak diperlukan. 



Mereka juga boleh hubungi talian pelanggan pasaraya tersebut di 6552-2722 atau melalui e-mel di general.feedback@fairprice.com.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >