Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SCDF hargai sumbangan kapten bas bantu padam kebakaran motosikal

Jan 05, 2022 | 05:30 AM



KAPTEN bas Encik Mohd Azim M Rosley, 38 tahun, yang memandu bas nombor 99 ingatkan hari kerjanya berlalu seperti biasa.



Tetapi, pada 8 Oktober tahun lalu, satu kejadian tidak dijangkakan berlaku.



Sekitar 9.30 malam, apabila beliau berhenti di perhentian bas sepanjang Jalan Boon Lay, depan Blok 263, beliau perhatikan ada sebuah motosikal yang terbakar, tidak jauh dari depan perhentian bas itu.



Menurut Encik Azim, motosikal itu berada sekitar lima meter dari basnya.



Beliau melihat dua lelaki cuba memadamkan api dengan dua baldi air tetapi tidak berjaya.



Beberapa penumpang telah turun dan naik dari basnya namun api di motosikal itu masih belum dipadam.



Tanpa berlengah, Encik Azim meminta izin daripada penumpang dalam basnya semasa itu jika boleh turun sekejap untuk membantu motosikal tersebut. Terdapat kira-kira 20 orang dalam bas dua tingkat itu, katanya.



Dengan izin penumpang lain, Encik Azim mengambil pemadam api dalam kabinet berdekatan di belakangnya, dan bergegas untuk membantu memadamkan api di motosikal itu.



"Saya tahu bahawa air baldi sahaja tidak dapat memadamkan api. Dengan latihan kursus keselamatan yang setiap bas kapten harus melalui, saya tahu saya dapat membantu dalam situasi sebegini kerana sudah dilatih," jelas beliau yang sudah berkhidmat dengan syarikat SBS selama tujuh tahun.



Menurut Encik Azim, bantuan pemadam api untuk mengambil tidak sampai seminit untuk memadamkan api di motosikal itu.



Setelah selesai, Encik Azim terus kembali ke bas dan sambung perjalanan basnya yang katanya sudah lambat sedikit menurut jadual.



Keberanian yang telah dipaparkan Encik Azim telah menyebabkannya menerima Anugerah Penyelamat Masyarakat semalam di ibu pejabat Divisyen SCDF di Bukit Batok.



Tindakan Encik Azim itu menjadi tular di media sosial TikTok yang mendapatkan perhatian orang ramai. Namun video TikTok itu telah diturunkan oleh pengguna.



"Saya tidak sangka dapat menerima anugerah ini sebab saya pun tidak beritahu sesiapa akan kejadian ini. Empat hari setelah kejadian itu, rakan kerja saya memberitahu bahawa terlihat saya di TikTok memadamkan api motosikal," cerita bapa seorang anak perempuan hampir dua tahun.



Mengulas lebih akan tindakannya itu, beliau berkata:



"Tujuan saya turun membantu adalah kerana saya tahu saya dapat menolong situasi mereka, memandangkan ada pemadam api dalam bas.



"Seterusnya, ia juga untuk keselamatan penumpang bas, pemilik motosikal dan juga saya. Oleh kerana motosikal itu tidak jauh dari perhentian bas, jika saya tidak membantu, api itu berkemungkinan semakin marak dan juga berbahaya kepada bas lain yang akan berhenti di perhentian tersebut.



"Jika saya tidak berhenti di perhentian bas itu pun, saya tahu bahawa saya akan tetap berhenti seketika untuk menolong situasi kebakaran mereka kerana sudah ada peralatannya dan orang memerlukan bantuan," jelas beliau.



Encik Azim meluahkan ini adalah kali pertamanya melawan api dalam situasi luar latihan yang disediakan syarikatnya.



"Kalau ada peluang untuk belajar pertolongan cemas atau kursus melawan api, ambillah. Mana tahu mungkin satu masa nanti kita akan perlu gunakan kemahiran itu dan juga dapat mempraktikkannya," nasihat Encik Azim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >