Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32

SCDF kawal kebocoran kimia di Loyang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SCDF kawal kebocoran kimia di Loyang

Feb 03, 2022 | 05:30 AM

PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengerahkan pasukan bahan berbahaya (HazMat) dan pegawai bomba untuk mengawal satu kebocoran kimia di Loyang pada hari pertama Tahun Baru Cina.

SCDF dalam satu catatannya di Facebook kelmarin berkata bahawa ia menerima panggilan bantuan di 51 Loyang Drive, Estet Perindustrian Loyang, pada sekitar 5.05 petang.

Menurut portal maklumat digital OpenGov, premis itu dihuni Singapore Precision Repair and Overhaul.

Ia syarikat yang pakar dalam pembaikan dan baik pulih sistem dan komponen gear pendaratan pesawat dan merupakan anak syarikat ST Aerospace, yang di bawah naungan ST Engineering.

SCDF berkata ketika mereka tiba di tempat kejadian, pasukan HazMat dapati asap kuning keluar dari bekas sisa kimia sebesar 4 meter kali 2 meter.

Bekas itu ditempatkan di pekarangan syarikat tersebut.

Alat pengesan digunakan untuk mengesahkan bahan berbahaya yang ditemui manakala pegawai bomba, yang memakai alat penafasan, menggunakan pancutan air bagi memencarkan wap berbahaya.

Pakar HazMat yang memakai sut berprestasi tinggi kemudian memasuki bekas sisa kimia.

"Kebocoran itu berpunca daripada botol dan tong dram yang disimpan dalam bekas dan mereka telah dibuang dalam beg HazMat untuk mengelakkan kebocoran lanjut," kata SCDF.

SCDF menambah bahawa tiada kecederaan dilaporkan.

Seramai tujuh orang telah dibawa keluar dari premis itu sebelum ketibaan pasukan HazMat.

SCDF berkata bacaan terkini daripada alat pengesan menunjukkan tiada kesan wap berbahaya yang dilepas ke atmosfera.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3