SEORANG lelaki 56 tahun ditemui terperangkap pada tempat duduk pemandu sebuah lori menyusuli satu kemalangan melibatkan beberapa kenderaan di Pioneer Road North pada pagi Jumaat (25 Mac).
Polis menyatakan mereka diberitahu tentang kemalangan melibatkan dua lori dan sebuah kereta di simpang Pioneer Road dan Jurong West Avenue 5 sekitar 8.35 pagi.
Foto kemalangan menunjukkan lori besar yang sudah terhumban di pembahagi jalan, melimpah-ruahkan tampungannya pada tiga lorong di bahagian jalan bersebelahan.
Paramedik dan pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) juga kelihatan dalam video ini menyelamatkan seseorang daripada bahagian depan kenderaan itu.
"Seorang lelaki ditemui terperangkap dalam tempat duduk pemandu," kata SCDF sebagai memberi respons pada pertanyaan media, sambil menambah peralatan menyelamat hidraulik digunakan bagi operasi itu.
Lelaki itu dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH). Polis menyatakan beliau sedarkan diri pada waktu itu sambil menambah, siasatan sedang diteruskan.