Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SCDF selamatkan tiga penghuni selepas kebakaran di flat di Sengkang gara-gara PMD

PMD
Mar 11, 2020 | 05:30 AM



TIGA orang berjaya diselamatkan selepas satu kebakaran berlaku di sebuah flat HDB di Sengkang awal pagi semalam, disebabkan alat mobiliti peribadi (PMD) .



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu kenyataannya di Facebook berkata pihaknya memberi respons kepada kebakaran tersebut yang berlaku di tingkat empat Blok 111 Rivervale Walk sekitar 5.30 pagi.



Menurut SCDF, anggota bomba memakai set alat pernafasan dan masuk secara paksa ke unit yang dipenuhi asap menerusi tingkap dan pintu, lapor akhbar The Straits Times (ST).



"Kebakaran yang melibatkan barangan di ruang tamu, dipadamkan dengan semburan jet air," tambahnya.



Anggota paramedik SCDF kemudian memeriksa keadaan kesihatan tiga penghuni yang diselamatkan itu serta dua jiran mereka. Bagaimanapun, mereka enggan dibawa ke hospital.



Disebabkan kebakaran, seramai 80 penduduk blok itu terpaksa dipindahkan sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.



Siasatan awal SCDF mendapati punca kebakaran itu disebabkan PMD tanpa kelulusan UL2272, yang sedang dicas.



Dalam pos Facebook itu, SCDF menasihatkan mereka yang masih memiliki PMD sedemikian digalakkan untuk membuangnya di tempat pembuangan yang dikhaskan secepat mungkin.



Mereka yang ingin mendapatkan PMD perlu memastikan alat mereka mematuhi piawai pensijilan keselamatan UL2272.



Selain itu, orang ramai dinasihatkan agar jangan membiarkan peranti atau bateri yang sedang dicas tanpa pengawasan untuk jangka masa yang panjang atau sehingga semalaman.



Mereka juga diingatkan agar tidak mengecas berhampiran bahan mudah terbakar atau sepanjang laluan yang digunakan untuk menyelamatkan diri.



Untuk maklumat lanjut mengenai pensijilan keselamatan UL2272, orang ramai boleh lungsuri laman http://go.gov.sg/ul2272sg.



Bagi yang ingin membuang alat mereka di tempat yang dikhaskan, mereka boleh ke laman go.gov.sg/pmddisposal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >