Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Scoot kembang armada dengan 9 pesawat baru

May 23, 2023 | 05:30 PM



CABANG penerbangan bajet Singapore Airlines, Scoot akan menambah lagi sembilan pesawat Embraer E190-E2 kepada armadanya untuk meluaskan pertumbuhan di rantau ini.

Penghantaran pertama pesawat jenis E190-E2, yang paling senyap dan jimat bahan api dalam kategori di bawah 150 tempat duduk, dijadualkan bagi penghantaran pada 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Scoot, Encik Leslie Thng, berkata perkongsian baru ini akan membantu Scoot berkhidmat kepada destinasi yang lebih luas.

“Perjanjian untuk melibatkan sembilan pesawat E190-E2 baru dalam armada kami membolehkan kami terus mengendalikan armada moden dan jimat bahan api, dan menyokong strategi pertumbuhan rangkaian kami dengan menyediakan laluan yang lebih nipis ke destinasi bukan metro dari Singapura.

“Sebagai syarikat penerbangan Singapura pertama yang mengendalikan E2, kami ghairah untuk bekerjasama dengan rakan kongsi kami di Embraer untuk meningkatkan ketersambungan rangkaian kami dan meningkatkan pilihan perjalanan untuk pelanggan kami,” kata Encik Thng.

E190-E2 adalah sebahagian daripada keluarga jet komersial E-Jets E2 terbaru Embraer, yang mula beroperasi pada 2018.

Syarikat penerbangan seperti KLM, Porter dan Azul mengendalikan keluarga pesawat E-Jets E2, dan pengendali baru, termasuk Royal Jordanian, Salam Air dan TUI, telah diumumkan baru-baru ini.

Keluarga pesawat E-Jets E2 Embraer memberikan kecekapan persekitaran terbaik, prestasi operasi dan keselesaan penumpang.

Aerodinamik pesawat yang canggih, reka bentuk sayap baru dan teknologi baru memberikan pengurangan 25 peratus dalam pelepasan karbon dan pembakaran bahan api berbanding E-Jets generasi sebelumnya.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Komersial Embraer, Encik Arjan Meijer, pasukan di ibu pejabatnya APAC di Singapura gembira dapat menyokong syarikat penerbangan itu dalam usahanya untuk meningkatkan ketersambungan dan pertumbuhan di rantau ini.

“Inilah nilai yang dibawa oleh E2 kepada syarikat penerbangan - melengkapkan pesawat kecil (narrowbodies) yang besar untuk mengembangkan dan mengekalkan rangkaian.

“Penumpang akan menikmati keselesaan konfigurasi unik dua per dua tempat duduk khas Embraer dan dalaman moden.

“Kerja-kerja sedang dijalankan untuk membuat persediaan bagi kemasukan pesawat ke dalam perkhidmatan,” kata Encik Arjan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >