PASUKAN Parti Perikatan Demokratik Singapura (SDA) melahirkan harapan dapat mengenali hati budi dan mengutarakan sentimen penduduk.
Ditemui sewaktu menemui penduduk di salah sebuah kedai kopi di Pasir Ris Drive 6 sekitar 7.30 pagi semalam, calon Melayu SDA bagi GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Abu Mohamed, berkata tujuan mereka membuat kunjungan itu adalah bagi mengenali hati budi pengundi selain mendapatkan sokongan penduduk di GRC itu.