Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PANDANGAN

Sebab belia terdedah kepada radikalisasi dalam talian

Feb 23, 2023 | 05:30 AM



BEBERAPA faktor yang bertembung:



Pertama, ialah peningkatan jumlah masa yang diluangkan oleh belia dalam talian.



Kajian Pew tentang Remaja, Media Sosial dan Teknologi yang dijalankan pada 2022 mendapati bahawa 97 peratus remaja menggunakan Internet setiap hari berbanding 92 peratus pada 2014 dan 2015.



Kajian Penguasa Pembangunan Infokom (IDA) pada 2012 menyatakan bahawa 97 peratus remaja Singapura berusia antara 15 hingga 25 tahun secara aktif terlibat dalam rangkaian sosial dalam talian.



Kedua, belia adalah kumpulan umur yang paling terkesan secara negatif dek media sosial.



Kajian di United Kingdom yang melibatkan 17,000 belia berumur antara 10 hingga 25 tahun, menunjukkan bahawa tahap penggunaan media sosial yang tinggi memberi kesan negatif kepada kanak-kanak lelaki yang berusia antara 14 hingga 15 tahun, dan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan antara 11 hingga 13 tahun.



Kesan yang memudaratkan ini termasuk gangguan dan pandangan yang tidak realistik terhadap dunia.



Ketiga, percambahan pesat platform dalam talian pula tidak dilengkapi dengan peningkatan pengawasan serta bimbingan ibu bapa untuk memenuhi keperluan anak-anak.



Ditambah dengan gaya hidup yang sibuk, ramai ibu bapa hari ini bergelut dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dalam domain dalam talian.



Satu domain besar yang dieksploitasi oleh masyarakat dalam talian ialah bidang permainan video, di mana isu-isu yang menggalakkan keganasan menjadi perkara biasa dan diterima secara sosial secara amnya.



Keempat, belia kita hari ini semakin terdedah kepada perkembangan luar negara termasuk konflik global yang menjejaskan rasa keadilan dan mencetuskan kemarahan.



Disebabkan oleh sebahagian daripada masyarakat kita yang tidak dapat menguruskan emosi mereka secara rasional, belia pula terpengaruh kepada tindak balas yang tidak wajar untuk menyalurkan kemarahan, kebencian dan perasaan mereka yang tidak tenteram itu.



Marilah kita terus memberi sokongan, kasih sayang dan pemahaman kepada belia kita yang terdedah - mereka adalah aset kita yang paling berharga.



Pandangan penulis disiarkan di laman Facebook beliau Rabu. Penulis adalah Pengerusi bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) yang juga Penolong Profesor di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >