Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sebar rahmat Ramadan dengan semangat padu membantu: Masagos

Apr 23, 2021 | 09:45 PM



USAHA murni yang dijalankan pelbagai pihak yang menggembleng tenaga bersama Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengagih lauk-pauk dan juadah buat keluarga memerlukan di rumah sewa, sekitar masjid dan kelab masyarakat, mencerminkan semangat utuh masyarakat Singapura dalam saling membantu, baik ketika senang atau susah.



Pengamatan ini dicatat Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad di Facebook menyusuli sesi berbuka puasa bersama Presiden Halimah Yacob, pemimpin Muis dan pemimpin masjid secara dalam talian pada Jumaat (23 Julai).



"Saya gembira melihat pelbagai pihak berganding bahu dengan Muis dan masjid-masjid untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.



"Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) telah bekerjasama dengan Muis, Persatuan Rakyat, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura dan beberapa Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama untuk mengagihkan lauk-pauk dan juadah kepada keluarga-keluarga yang tinggal di rumah sewa di sekitar masjid dan kelab masyarakat.



"Usaha murni mereka mencerminkan semangat utuh masyarakat Singapura, dalam membantu antara satu sama lain dalam masa senang dan susah, tanpa mengira bangsa atau agama.



"Saya harap lebih ramai individu akan tampil ke hadapan untuk membantu golongan yang memerlukan pada bulan yang mulia ini. Marilah kita terus menyebarkan rahmat Ramadan di seluruh masyarakat kita. Selamat meneruskan ibadah puasa," jelas Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >