Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NDP: Sedia jadi hos perbarisan walau baru bersalin

Aug 07, 2018 | 05:30 AM



PELAKON Nadiah M. Din ditawarkan menjadi hos Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini lebih kurang dua bulan selepas melahirkan dan sedang beliau risau tentang penjagaan anak kecilnya, menerima tugas tersebut.



"Kenapa pula saya nak menolaknya? Ia sungguh menyeronokkan kerana ini kali pertama saya akan dapat mempersembahkan NDP kepada presiden wanita Melayu pertama," kata Nadiah, 28 tahun.



"Saya amat terharu dipilih menjadi pengacara di acara sebesar ini yang disaksikan ribuan warga Singapura. Ia akan menjadi kenangan indah bagi saya. Apabila saya tua nanti dan anak saya sudah besar saya boleh beritahu dia yang saya merupakan pengacara NDP satu ketika dahulu," tambahnya.



Nadiah, bersama Joakim Gomez, Gurmit Singh, Sonia Chew, dan Ebi Shankara, akan mengacarakan perbarisan lusa di Pentas Terapung Marina Bay.



Ini kali kedua beliau berpeluang menjadi pengacara NDP.



Pengalaman pertamanya ialah tiga tahun lalu bagi pertunjukan sebelum perbarisan di Pentas Terapung Marina Bay.



Pada tahun itu, NDP diadakan di Padang.



Menurut Nadiah, beliau ada juga fikirkan tentang penjagaan anaknya, yang kini berusia sembilan bulan, apabila beliau perlu keluar berlatih.



Namun ibu dan suaminya, Encik Bilal Jeanpierre, memberinya jaminan akan menjaga Nahyan dengan baik apabila beliau sibuk dengan raptai dan previu menjelang NDP.



"Saya banyak meluangkan masa dengan Nahyan dan saya tidak mahu berjauh dengan dia. Selepas dia lahir, saya ada menerima beberapa projek tapi saya menolak kesemuanya kecuali satu tawaran berlakon dalam filem di Malaysia. Itu pun saya bawa anak saya bersama selama sebulan," kata Nadiah.



Memandangkan latihan diadakan setiap Sabtu sejak Jun lalu, Encik Bilal mengambil alih menjaga Nahyan di rumah.



Namun, sebaik latihan berkakhir, Nadiah berkata beliau segera menukar pakaian dan bergegas pulang supaya dapat menyusukan anaknya.



Selain tidak mahu berjauhan dengan anaknya, Nadiah khuatir jika kemahiran mengacaranya menjadi 'berkarat' selepas sembilan bulan tidak bekerja sepanjang kehamilan.



Pada sesi latihan pertama, Nadiah akur agak sukar memberi tumpuan tetapi hal ini dapat diatasi selepas beliau mendapat kembali rentak mengacaranya.



"Tidak mudah untuk mengacara secara langsung sambil menerima arahan melalui alat fon telinga. Ia melatih minda dan keupayaan saya sebagai hos acara 'live'. Arahan yang saya terima seperti 'bergerak ke kiri sedikit' atau 'bersedia ke kawasan kuning'," katanya.



Selain itu, Nadiah, yang terkenal sebagai pengacara yang ceria dan 'gila-gila', berkata bagi pentas sebesar dan segah NDP, beliau perlu menjadi lebih bertenaga.



Ditanya apakah Nahyan dan Bilal akan berada di Pentas Terapung Marina Bay, Nadiah menggelengkan kepada.



"Mereka akan berada di rumah ibu saya dan menyaksikan NDP di televisyen. Kalau boleh saya mahu mereka saksikan saya di lokasi.



"Tapi saya tahu kalau mereka ke sini, mereka perlu menghadapi keadaan penuh sesak," kata Nadiah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >