Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LARANGAN EKSPORT AYAM KE S'PURA

Sedia menu ayam: Restoran makanan segera tidak hadapi masalah

Jun 09, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA restoran makanan segera utama di sini berkata mereka tidak mempunyai masalah untuk terus menyediakan menu ayam kepada pelanggan.



Jaminan tersebut diberikan selepas lebih seminggu Malaysia melarang eksport ayam segar ke sini menyusuli kekurangan ternakan tersebut di negara itu.



Restoran KFC berkata mereka sedang memantau kesan larangan tersebut dan kini sedang bekerja rapat dengan pelbagai kumpulan pembekalnya.



Sebahagian pembekal ayam mereka merupakan dari Malaysia.



"Sejak berita terkini mengenai keputusan Malaysia untuk menghentikan eksport ayam, KFC masih menilai kesan keadaan.



"Kami bekerja rapat dengan pembekal untuk terus menawarkan ayam yang sedap untuk peminat di Singapura," kata jurucakap KFC kepada Berita Harian (BH) semalam.



Rangkaian restoran McDonald's juga sedang memantau situasi isu ayam itu.



Namun restoran tersebut menegaskan ia akan terus memenuhi matlamatnya untuk menyediakan produk makanan ayam kepada pelanggan.



"Kami sedang memantau keadaan, dan matlamat kami kekal untuk terus menawarkan senarai penuh menu ayam kepada pelanggan kami," kata McDonalds's.



Restoran Pergh!Chicks juga berusaha untuk terus menyediakan makanan kepada pelanggannya.



Pemilik bersama Pergh!Chicks, Encik Muhammad Afiq Irwan, 28 tahun, berkata sekatan bekalan ayam itu tidak menyebabkan perubahan yang ketara sejauh ini.



"Kami masih mengikuti menu yang sama. Malah kami menyesuaikan untuk menambah menu makanan laut sekiranya sesuatu yang tidak dapat dielakkan berlaku," ujar Encik Afiq yang mempunyai dua cawangan di Jurong West dan Bali Lane.



Beliau menambah bahawa mereka telah beralih kepada bekalan ayam beku yang sebahagian besarnya dari Brazil.



"Rasanya sebenarnya sama.



"Menyesuaikan perniagaan mengikut keadaan adalah penting, memandangkan inflasi tetap akan berlaku juga dan ini adalah satu keadaan yang baik untuk kita buat persiapan," tambah Encik Afiq.



Bagaimanapun restoran Arnold's menyatakan kelmarin mereka tidak dapat menyediakan menu ayam bahagian dada dan tulang rusuk akibat sekatan tersebut.



Namun ia masih tetap dapat menyediakan bahagian peha, dram dan sayap ayam.



"Anda masih dapat menikmati ayam kegemaran ramai Spring Chicken dan juga pilihan lain di menu Arnold's," kata restoran itu di Facebook.



Arnold's menegaskan pihaknya akan bekerja keras untuk memastikan bekalan semua bahagian ayam akan kembali secepat mungkin.



Seorang pelanggan Arnold's, Encik Hariz Fart Horrahman, 28 tahun, berkata beliau mendapati pengumuman itu satu berita baik baginya.



"Bahagian ayam yang tetap dijual di Arnold's adalah bahagian kegemaran saya," kata pegawai sekitaran keselamatan kesihatan itu.



"Sejauh ini, saya tidak mendapati kesukaran untuk mendapatkan ayam. Selain aduan di media sosial, saya tidak melihat perbezaan di restoran-restoran segera lain," tambahnya.



Seorang lagi pelanggan, Encik Muhammad Haris Johari, berkata:



"Sejauh ini, saya tidak melihat perubahan berkaitan produk makanan ayam ketika menjamu selera di luar."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >