Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MEMERANGI COVID-19

Sedia sesuaikan diri apabila tugas terjejas dek pandemik

ndr
Aug 30, 2021 | 05:30 AM



DARIPADA kasut tumit tinggi kepada but keselamatan lasak.



Itulah 'transformasi' yang sanggup dilalui Cik Siti Aisah Abdul Rahman, yang terbuka membuat penyesuaian apabila pekerjaan yang dilakukannya terjejas dek pandemik.



Dengan Covid-19 hampir melumpuhkan sektor penerbangan setempat, sebahagian pekerja dalam industri tersebut telah 'dikerah' ke peranan dan skop pekerjaan berlainan.



Cik Siti Aisah, yang telah bekerja selama hampir 14 tahun bersama dnata, sebuah syarikat yang menyediakan khidmat sokongan penerbangan, turut mendapati tugasnya sebagai pegawai perkhidmatan penumpang semakin tidak diperlukan.



Justeru, apabila ditawarkan, beliau tidak berfikir dua kali dan merebut peluang menjadi ejen kargo bagi rantaian bekalan untuk bekalan yang perlu dikirimkan dalam keadaan suhu terkawal atau cool chain.



Sebagai seorang ejen kargo, tugasnya berubah daripada perkhidmatan pelanggan kepada penyediaan dan pemprosesan kargo yang mudah rosak.



Ini termasuk barangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan produk farmaseutikal.



Cik Siti Aisah berkata, meskipun perubahan itu agak mendadak, namun latihan yang dilaluinya telah menyediakan beliau bagi peranan baru itu.



"Ketika Singapura dilanda Covid- 19, kita tidak tahu bagaimana ia menjejas pekerjaan kita dalam jangka panjang.



"Walaupun saya agak khuatir sama ada saya dapat melakukan pekerjaan ini dengan baik, saya amat berterima kasih kerana diberi peluang dikerahkan ke jabatan lain.



"Mungkin pada awalnya agak kekok, tetapi saya rasa peralihan ini dapat menguji serta membolehkan saya keluar dari zon selesa saya," kata ibu tunggal kepada lima orang anak lelaki itu.



Meskipun ia mencabar, beliau berkata keluarga serta rakan-rakan sekerjanya sering memberi beliau dorongan dan sokongan untuk berfikiran positif.



"Memang bukan mudah mempelajari sesuatu yang baru setelah bertahun-tahun melakukan pekerjaan yang sama.



"Tetapi ini tidak semestinya bermakna kita tidak boleh belajar perkara yang baru.



"Dalam keadaan seperti ini, penting bagi kita menyesuaikan diri supaya kita dapat terus bertahan," ujar Cik Aisah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >