Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sejarah, warisan dihidupkan di Taman Fort Canning

Sep 02, 2022 | 05:30 AM



Taman Fort Canning terletak di puncak bukit penuh sejarah. Baru-baru ini, ia mengalami dua peningkatan besar - Galeri Warisan Fort Canning baru dan Taman Rempah. Selain itu, taman permainan kanak-kanak di situ akan menjalani penambahbaikan. Berikut beberapa ciri dan program baru di taman itu.




BAGAIMANA TAMAN FORT CANNING MENDAPAT NAMANYA



Taman Fort Canning mengambil nama kubu yang dibina di puncak itu pada 1859. Kubu itu dinamakan Viscount Charles John Canning, gabenor jeneral dan naib raja pertama dari India. Satu bahagian Galeri Warisan Fort Canning baru itu memberi tumpuan pada sejarah bukit itu sebagai pangkalan tentera. Ia juga menampilkan siaran digital interaktif yang menggambarkan pergerakan tentera semasa Singapura kalah dalam Perang Dunia Kedua (WW2). Turut dipamerkan ialah penemuan arkeologi yang memberi maklumat kehidupan askar serta keluarga mereka di bukit itu hingga 1972. Pasukan tentera kemudian meninggalkan kawasan tersebut dan ia menjadi sebuah taman awam.



TEMBIKAR PURBA



Pusat Fort Canning - bekas berek tentera British yang dibina pada 1926 - juga mempunyai galeri di tingkat tiga. Ia akan menganjurkan dua pameran oleh Persatuan Kajian Seramik Cina. Pameran pertama dari 7 Oktober ini hingga 10 Februari depan. Ini akan memberi tumpuan pada bentuk dan permukaan seramik Cina sepanjang 5,000 lalu. Pameran kedua, dari 24 Februari 2023 hingga 30 Jun 2023 akan menonjolkan seramik Dinasti Song dan Yuan. Dari sekarang hingga 11 September, pengunjung mendapat previu pameran pertama menerusi paparan 12 artifak, termasuk sebuah balang abad ketiga.



TAMAN REMPAH



Taman Rempah baru turut menceritakan visi Sir Stamford Raffles memajukan Singapura menjadi sebuah pulau rempah dengan pulau ini menanam dan berdagang rempah ratus. Walaupun rancangan itu hanya bertahan beberapa dekad, ramai pekebun rempah masih diingati hingga hari ini menerusi nama jalan raya. Antaranya ialah Somapah Road di Changi, yang dinamakan sempena Cik Hunmah Somapah, seorang pemilik kebun kelapa. Ada lebih 180 jenis tumbuh-tumbuhan di Taman Rempah, termasuk yang pernah ditanam di sini bagi perdagangan, seperti lada dan gambir, serta yang digunakan dalam masakan Timur dan Barat, seperti daun kucai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >