Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekatan ketat bagi yang belum ambil vaksin demi jaga mereka: Lawrence Wong

Oct 13, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH lebih ketat diambil bagi mereka yang tidak divaksinasi demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka, kata pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi menangani Covid-19, Encik Lawrence Wong.



Pemerintah prihatin kerana risiko yang mereka hadapi lebih tinggi, jelas Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, dan Menteri Kesihatan Ong Ye Kung menerusi satu video yang dimuat naik ke Facebook semalam.



"Semua langkah yang kami ambil bertujuan melindungi kesihatan dan kesejahteraan golongan tidak divaksinasi ini. Bayangkan, warga emas yang tidak divaksinasi membentuk hanya 1.5 peratus daripada penduduk negara... tetapi mereka membentuk dua pertiga pesakit yang memerlukan rawatan Unit Jagaan Rapi (ICU) atau telah meninggal dunia," ujar Encik Wong.



Golongan muda tidak divaksinasi juga tidak boleh menganggap mereka selamat kerana data menunjukkan seorang dalam 100 orang berusia 40-an tahun yang tidak divaksinasi memerlukan rawatan ICU, dan dua daripada 100 orang berusia 50-an tahun yang tidak divaksinasi memerlukan rawatan ICU.



Berhubung suntikan penggalak, Encik Ong berkata perlindungan yang ditawarkan vaksin Covid-19 tidak tiba-tiba lesap enam bulan selepas dos kedua. Namun, sedang perlindungannya berkurangan sekitar enam hingga sembilan bulan kemudian, orang ramai boleh mengambil dos ketiga mereka.



Dalam pada itu, Encik Ong berkata langkah membuka semula sempadan diperlukan antara lain kerana warga Singapura perlu keluar negara untuk melanjutkan pelajaran, urusan kerja, berjumpa keluarga atau melancong.



"Situasi kita juga telah berubah. Kalau dahulu, wajar melaksana langkah kawalan sempadan ketat dengan jumlah kes rendah di Singapura dan jumlah kes tinggi di luar negara," ujarnya.



Menurut beliau, jumlah kes di negara lain, termasuk Eropah, Amerika Syarikat dan Britain, kian stabil.



"Kita sebuah negara kecil dan kita harus terhubung dengan dunia untuk terus menakat. Dan kita harus menjamin masa depan kita," ujar Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >