Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR SYAWAL: Kian ramai peraga busana Melayu

Sekeluarga tidak teragak-agak gayakan pakaian tradisional lengkap

Jun 17, 2019 | 05:30 AM



Walaupun masa sudah berubah dan sebilangan besar masyarakat kini memilih baju Melayu dan kurung moden beraneka fesyen, terdapat sejumlah peminat dan penggiat seni warisan dan budaya yang berusaha melestari dan memperkenalkan semula pakaian tradisional yang dipakai orang Melayu dahulu. Antaranya adalah tanjak, yang sering dikaitkan dengan persembahan ataupun perkahwinan. ZUBAIDAH EUSOFF (zeusoff@sph.com.sg) dan MASTURAH RAZALI (mrazali@sph.com.sg) menemu ramah tiga pengiat seni yang ingin memastikan tradisi ini tidak pupus.



CINTA dan semangat yang terlalu mendalam terhadap seni warisan membuat Encik Diham Ahmad, 51 tahun, sering mencari peluang mempelajari lebih tentang budaya.



Dengan sokongan yang diberi isteri dan anak-anaknya, beliau tidak teragak-agak untuk menggayakan pakaian Melayu yang lengkap, tanjak, sampin dan juga keris.



Malah, Encik Diham juga mempengaruhi isterinya, Cik Sulasthri Yasin, untuk menggayakan baju Melayu dengan sentuhan yang lebih unik, iaitu dengan selendang yang diselepangkan di atas bahu - sesuatu yang semakin hilang di dalam budaya Melayu.



"Saya memang minat dengan seni warisan, terutama sekali tanjak dan senjata warisan seperti keris. Saya sering bersama teman-teman dari Singapura dan Malaysia dan berkongsi tentang kajian yang telah kami lakukan berkaitan budaya Melayu," kata Encik Diham.



"Daripada perjumpaan dengan rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama, saya dapat mempelajari tentang perkara seperti jenis tanjak dan perbezaannya dari segi kesesuaian,"tambah beliau.



Encik Diham mula tertarik dengan tanjak apabila melihat corak-corak yang menarik serta cara solekan yang sangat berbeza-beza. Selain daripada tanjak, beliau juga memastikan pakaian baju Melayunya tidak akan sedondon dari segi warna.



"Saya akan gayakan baju yang hijau dengan seluar yang berwarna merah gelap. Saya suka padankan baju melayu saya dengan pelbagai cara.



"Sebenarnya, inspirasi ini semua datang daripada seorang tukang solek tanjak bagi keluarga diraja Kedah iaitu Putra Fairuz Al Hussein. Saya suka melihat cara solekan tanjaknya dan juga cara pakaiannya," kata Encik Diham.



Selain melihat cara solekan orang lain, Encik Diham juga mengambil bahagian dalam bengkel membuat tanjak yang diadakan di Malaysia, Bengkel Monyolek Tanjak Warisan, dipimpin oleh Cikgu Pad Pahang.



"Antara peserta bengkel itu, hanya tiga orang termasuk diri saya yang berasal daripada Singapura. Melalui bengkel-bengkel dan juga pergaulan dengan rakan-rakanlah saya tahu bahawa setiap simpulan dan lipat ada nama dan makna yang tersirat. Perkara seperti ini membakar lagi minat saya untuk mengetahui lebih lanjut," kata beliau.



Encik Diham menghargai budaya Melayu dan mempercayai keistimewaan yang ada pada busana Melayu.



"Saya tidak perlu tanya seseorang itu tentang pangkatnya. Pakaian Melayu eksklusif dan dapat melambangkan status dengan jelas, tanpa sebarang keterangan," kata Encik Diham lagi.



Secara tidak langsung, minat yang ada pada Encik Diham membuat anggota keluarganya terikut-ikut dan mula menunjukkan minat dalam busana tradisional melayu, dengan anak-anaknya menggunakan baju Melayu bersama dokoh dan isterinya yang menghidupkan semula pakaian selendang di bahu.



Apabila ditanya tentang reaksi orang di sekelilingnya apabila melihat beliau gayakan pakaian Melayu dengan lengkap pada Hari Raya, Encik Diham berkata:



"Reaksi orang ramai bercampur, ada yang memikirkan saya ini sedang melalui krisis pertengahan hidup, tetapi ada juga yang senyum dan senang dengan penampilan saya. Yang penting, saya sendiri gembira dan senang."




YANG PENTING SAYA GEMBIRA DAN SENANG



"Reaksi orang ramai bercampur, ada yang memikirkan saya ini sedang melalui krisis pertengahan hidup, tetapi ada juga yang senyum dan senang dengan penampilan saya. Yang penting, saya sendiri gembira dan senang."
- Encik Diham Ahmad, sering mencari peluang mempelajari lebih tentang budaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >