Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Feb 23, 2021 | 05:30 AM



Rogol, cabul anak perempuan sendiri: Lelaki dihukum penjara 25 tahun, 24 sebatan



SEORANG bapa yang mencabul kehormatan anak perempuannya berulang kali selama beberapa tahun sebelum merogolnya telah dihukum penjara 25 tahun dan 24 sebatan semalam.



Lelaki berusia 44 tahun itu, yang pernah bertugas sebagai penghantar makanan mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan merogol dan lagi 24 tuduhan mencabul kehormatan dipertimbangkan mahkamah semasa menjatuhkan hukuman.



Kededua lelaki dan remaja itu, yang kini berusia 17 tahun, tidak boleh dinamakan untuk melindungi mangsa.



Namun, mahkamah diberitahu lelaki itu mula menganiaya mangsa itu - satu-satunya anak perempuannya - sejak dia berusia sembilan tahun.




Jururawat lelaki dituduh cabul pesakit lelaki



Seorang jururawat lelaki telah dituduh mencabul kehormatan seorang pesakit lelaki pada 2018.



Ivan Lee Yi Wang, 32 tahun, yang bertugas di klinik pakar di Hospital Mount Elizabeth Novena, didakwa cuba menganiayai mangsanya dua kali pada 31 Oktober tahun tersebut.



Lee, seorang warga Singapura, mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan mencabul kehormatan.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, penyedia jagaan kesihatan Parkway Pantai yang mengendalikan hospital itu berkata Lee digajikan oleh klinik tersebut dan bukan kakitangan hospital. Jurucakapnya enggan mengulas lebih lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >