Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Mar 23, 2021 | 05:30 AM



Jel 6 bulan kerana tipu dua kali dapat bantuan Covid-19



SEORANG lelaki yang berbohong mengenai status pekerjaannya untuk menipu pihak berkuasa dan mendapatkan dana bantuan Covid-19 telah dihukum penjara enam bulan.



Muhammad Faizal Khaled, 37 tahun telah cuba mendapatkan bantuan kewangan buat kali kedua selepas berjaya menipu Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang memberinya $500 pada kali pertama.



Faizal mengaku bersalah kepada satu tuduhan menipu dan satu lagi tuduhan cuba menipu.



Lagi dua tuduhan memalsukan dokumen diambil kira semasa mahkamah menjatuhkan hukuman.



Hakim Daerah Jasbendar Kaur berkata isyarat tegas perlu diberikan untuk mencegah orang lain yang cuba mengambil kesempatan menerusi skim bantuan Covid-19.



Nama Hakim Daerah yang mendengar kes ini, yang digunakan dalam versi awal artikel ini adalah salah.  Hakim Daerah yang mendengar kes ini adalah Hakim Daerah Jasbendar Kaur. Kami mohon maaf atas kesilapan tersebut.




Elak bayar GST: Peniaga didenda $275,860



SEORANG lelaki yang cuba mengelak membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah dipenjara lima minggu dan didenda $275,860.



Zhao Kun, 38 tahun, pengarah Maztech Plus dan pemilik tunggal Vam International Group, semalam, mengaku bersalah kepada lima tuduhan mengelak GST, memalsukan dokumen dan memberikan maklumat salah kepada Kastam Singapura.



Mahkamah mengambil kira empat tuduhan serupa semasa menjatuhkan hukuman semalam.



Zhao, seorang penduduk tetap telah mengisytihar harga lebih rendah bagi barangan yang diimport Maxtech dan Vam antara 2016 dengan 2018, dan mengelak membayar GST bernilai $64,200.




CJ Sundaresh Menon dilantik ke badan pentadbir ICC



KETUA Hakim Sundaresh Menon telah dilantik sebagai anggota badan pentadbir yang menyediakan khidmat penghuraian pertikaian di Dewan Perniagaan Antarabangsa (ICC).



Tempoh khidmat beliau adalah selama dua tahun.



Badan pentadbir Khidmat Penghuraian Pertikaian (DRS) itu adalah jawatankuasa rasmi yang dianggotai lembaga eksekutif ICC dan membantu memastikan DRS terus diyakini.



Hakim Sundaresh dilantik sebagai anggota baru bersama Cik Liz Kyo-Hwa Chung, mantan ketua ehwal korporat, luar dan undang-undang di Microsoft Korea yang bakal menjadi pengarah undang-undang di Netflix Korea bulan depan; dan Profesor Richard Susskind, penasihat teknologi kepada Yang Arif Hakim Besar England dan Wales.



*Artikel ini telah dikemas kini bagi menambah ketepatannya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >