Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Sekilas

Jul 28, 2021 | 05:30 AM



18% jururawat di S'pura dari Filipina



SEKITAR 7,600 atau 18 peratus daripada tenaga kerja jururawat di Singapura merupakan warga Filipina, menurut laporan Lembaga Kejururawatan Singapura pada 2019.



Ini dinyatakan Menteri Negara Kanan (Kesihatan dan Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, di Parlimen semalam untuk menjawab soalan Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) yang ingin tahu bilangan tersebut serta kesan langkah Filipina menggantung permit bagi jururawat untuk bekerja di luar negara.



Dr Koh berkata Kementerian Kesihatan (MOH) sedang meninjau kesan langkah tersebut dan bekerjasama dengan majikan penjagaan kesihatan untuk memastikan terdapat jururawat yang mencukupi.



Katanya lagi, bilangan jururawat setempat telah meningkat, dengan 1,400 pendaftaran baru oleh penduduk pada 2020, berbanding 1,200 pada 2019.




30% flat baru diperuntuk untuk pembeli kali pertama tinggal dekat dengan ibu bapa atau anak



SEBANYAK 30 peratus daripada bekalan flat baru di estet matang diperuntuk bagi keluarga pembeli kali pertama untuk tinggal dekat dengan ibu bapa atau anak mereka yang sudah bernikah, kata Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.



Sebanyak tiga peratus pula diperuntuk bagi keluarga pembeli kali kedua.



Ini diperuntuk di bawah Skim Keutamaan Anak Yang Sudah Berumahtangga (MCPS).



Menjawab soalan Cik Tin Pei Ling (MacPherson) mengenai adakah bilangan unit yang diperuntuk di bawah skim itu boleh dinaikkan lagi, Encik Lee berkata buat masa ini pemerintah tidak dapat berbuat demikian kerana perlu memenuhi keperluan kumpulan lain di bawah skim lain seperti Skim Keutamaan Keibubapaan dan Skim Keutamaan Anak Ketiga.




Pendapatan persaraan 35% lebih tinggi jika tunda bayaran CPF LIFE



PENCARUM Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang menangguh permulaan bayaran CPF LIFE mereka dari usia 65 tahun ke usia 70 tahun, boleh meningkatkan pendapatan persaraan mereka sehingga 35 peratus.



Demikian menurut Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, yang berkata warga Singapura mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan bayaran lebih tinggi di bawah CPF Life, termasuk menunda bayaran ke usia 70 tahun.



Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) mengenai apakah CPF LIFE akan disemak untuk membolehkan pencarum meletakkan lebih banyak simpanan dalam CPF untuk menokok pendapatan persaraan mereka.



Dr Tan berkata pencarum juga boleh memperuntuk Jumlah Persaraan Dipertingkat - kini ditetapkan pada $279,000 - yang tiga kali lebih tinggi berbanding Jumlah Persaraan Asas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >