Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Dec 01, 2022 | 05:30 AM



Kawal bunyi bising: Pengendali hiburan boleh hadapi tindakan



PERNIAGAAN hiburan malam yang tidak mematuhi syarat lesen mereka, termasuk kawalan bunyi bising, boleh menghadapi penggantungan atau pembatalan lesen.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata perniagaan sedemikian mesti mematuhi syarat yang ditetapkan dalam lesen Hiburan Awam mereka.



Contohnya, mereka perlu memastikan sebarang bunyi yang dikuatkan yang keluar dari premis tidak melebihi 55 desibel terwajar-A apabila diukur di tempat kediaman terdekat selepas 10.30 malam.



Dr Faishal berkata demikian dalam menjawab soalan Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar) di Parlimen semalam, yang bertanya apakah tindakan yang boleh diambil terhadap peniaga hiburan malam yang secara berterusan menyebabkan bunyi bising yang mengganggu penduduk di kawasan kejiranan.



"Polis menjalankan pemeriksaan kerap ke atas perniagaan hiburan malam untuk memastikan mereka mematuhi syarat pelesenan. Kekerapan pemeriksaan mengambil kira aduan yang diterima daripada orang awam," kata Dr Faishal.




Daya tanding penting bagi sistem rel S'pura



SINGAPURA perlu memastikan terdapat daya tanding dalam sistem rel negara ini, dengan ia satu pertimbangan penting yang akan membantu mendorong pengendali mempertingkat standard dan membuat bidaan tender yang lebih kompetitif, kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.



Menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Louis Chua (GRC Sengkang), di Parlimen semalam, beliau berkata oleh itu, apabila memperkenalkan rangka kerja pembiayaan rel baru pada 2016, salah satu perubahan adalah untuk memendekkan tempoh lesen bagi pengendali rel daripada lebih 30 tahun kepada 15 tahun.



Encik Chua telah bertanya apakah terdapat rancangan untuk membuka pasaran rel kepada pengendali baru selain dua pengendali - SMRT Corporation dan SBS Transit - yang ada sekarang bagi laluan rel akan datang.



Encik Iswaran menambah bahawa industri rel adalah sistem sangat rumit dan berskala besar yang menyediakan khidmat penting, dan mereka mesti membolehkan pengendali meraih penjimatan kos daripada peningkatan tahap pengeluaran sementara mengekalkan kebolehpercayaan dan standard khidmat yang tinggi.



"Oleh itu, dalam sebarang keputusan berhubung laluan rel semasa dan baru, kami akan terus mengimbangi pertimbangan utama ini," kata beliau.




Maklum balas pesakit boleh pengaruh penilaian jururawat



MAKLUM balas yang diterima dari pesakit dan anggota keluarga tidak digunakan secara langsung untuk menentukan gred prestasi jururawat, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam.



Menjawab soalan Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) di Parlimen semalam, beliau bagaimanapun berkata maklum balas negatif akan tetap menjejas prestasi dan penilaian sekiranya jururawat didapati memerlukan penambahbaikan dalam beberapa bidang.



Cik Rahayu berkata penilaian prestasi jururawat adalah menyeluruh dan merangkumi pelbagai bidang utama, seperti peruntukan penjagaan pesakit yang tepat pada masanya dan bermutu, paparan keupayaan kepimpinan, dan pembangunan profesional dan peribadi.



"Meskipun institusi memandang serius maklum balas dari pesakit dan anggota keluarga mereka, ia tidak digunakan untuk secara langsung menentukan gred prestasi yang diterima jururawat," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >