Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

May 11, 2023 | 05:30 AM



Pemerintah terbuka semak senarai kerja sumber bukan tradisional lebih kerap



PEMERINTAH sentiasa terbuka untuk menyemak semula tujuh pekerjaan yang tersenarai dalam Senarai Pekerjaan Sumber Bukan Tradisional (NTS) dengan lebih kerap. Di bawah senarai itu, firma boleh menggajikan pemegang permit kerja dari negara tertentu untuk pekerjaan tertentu.



Pemerintah juga akan terus menimbangkan keperluan meningkatkan kemahiran pekerja berpendapatan rendah dan menggalak transformasi industri tempatan serta mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.



Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, menyatakan demikian pada Rabu, sebagai jawapan soalan Parlimen oleh Anggota Parlimen, Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol).



Dr Tan berkata tujuh pekerjaan yang tersenarai dalam Senarai Pekerjaan NTS itu dipilih dengan rundingan bersama agensi-agensi sektor.



"Kami membuat penilaian terhadap pekerjaan yang mempunyai bilangan besar pekerja pemegang Pas S yang mungkin akan terjejas apabila gaji kelayakan mereka bakal dinaikkan kelak," katanya.



"Kami juga membuat penilaian terhadap bilangan rakyat tempatan yang menyertai pekerjaan ini serta kesannya terhadap pekerjaan di sini," kata Dr Tan.



Encik Sharael telah bertanya apa syaratnya bagi sebuah pekerjaan untuk layak diletakkan di dalam senarai tersebut dan sama ada senarai itu akan disemak secara kerap.



Dr Tan berkata MOM akan bekerjasama dengan agensi sektor untuk mendekati rakan tiga pihak dan industri untuk menyemak senarai itu setiap tiga tahun.



Diumumkan pada Mac, syarikat perkhidmatan dan perkilangan boleh menggajikan pemegang permit kerja dari negara "sumber bukan tradisional" mulai 1 September, tetapi pekerja sedemikian mesti dibayar gaji sekurang-kurangnya $2,000 sebulan dan jumlah pekerja itu tidak boleh membentuk lebih daripada 8 peratus daripada jumlah tenaga kerja majikan itu.




Butiran laporan urus niaga curiga tidak didedah polis: Xueling



POLIS tidak mendedahkan secara awam perangkaan laporan berkait urus niaga yang mencurigakan, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, pada Rabu.



Beliau menyatakan demikian di Parlimen, menjawab pertanyaan oleh Encik Louis Chua (GRC Sengkang), mengenai bilangan laporan yang difail kepada polis berkait urus niaga hartanah yang mencurigakan serta bilangan orang yang disabit atas kesalahan pengubahan wang haram berkait urus niaga hartanah perumahan dan komersial sejak lima tahun lalu di sini.



Cik Sun berkata Pejabat Pelapor Bagi Urus Niaga Yang Mencurigakan (STRO), Pasukan Polis Singapura (SPF) tidak mendedahkan perangkaan perinci laporan yang difail berkait urus niaga mencurigakan.



Beliau menambah polis juga tidak meneliti kes disabit atas kesalahan pengubahan wang haram berdasarkan kelas aset.



Hal ini melibatkan satu peraturan baru yang akan dikuatkuasakan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 28 Jun yang memerlukan pembangun hartanah memeriksa urus niaga hartanah perumahan dan bukan perumahan belum selesai untuk membanteras pembiayaan kegiatan pengubahan wang haram dan pengganasan menerusi hartanah.



Encik Chua dalam satu soalan susulan bertanya sama ada pemerintah juga akan menerapkan langkah berjaga-jaga bagi urus niaga peringkat lanjut sedang peraturan itu bermatlamat mengekang kegiatan tersebut bagi urus niaga hartanah peringkat pertama.



Cik Sun menekankan di bawah Akta Pemaju Perumahan dan Akta Penjualan Hartanah Komersil, jika seorang pemaju perumahan berlesen tahu atau mempunyai cukup alasan terhadap kegiatan mencurigakan, termasuk sebarang kegiatan berkait dengan urusan jenayah dan pengedaran dadah, mereka perlu membuat laporan urus niaga mencurigakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >