PESERTA pertandingan golf amal anjuran Masjid Al-Muttaqin berpeluang memenangi hadiah bernilai sekitar $150,000 termasuk sebuah kereta Hyundai Santa Fe baru, pakej ubah elok kamar mandi dan peranti elektronik canggih.
Hadiah kereta SUV baru tajaan Komoco Motors itu akan ditawarkan bagi acara Hole-in-One pada pertandingan golf amal tersebut.