Hadiah Memorial Syed Ahmad Khan Universiti Muslim Aligarh (AMU) diperkenalkan sempena sambutan 100 tahun penubuhan Universiti Muslim Aligarh di India dan sebagai penghormatan kepada pengasasnya, Sir Syed Ahmad Khan.
AMU ialah sebuah universiti pusat awam di Aligarh, Uttar Pradesh, India, yang pada asalnya ditubuhkan oleh Sir Syed Ahmad Khan sebagai Kolej Muhammadan Anglo-Oriental pada 1875.
Kolej itu menjadi Universiti Muslim Aligarh pada 1920,
Sir Syed Ahmad Khan ialah seorang ahli falsafah, reformis dan pendidik terkenal di India British pada abad ke-19.
Hadiah itu dianugerah kepada lulusan universiti cemerlang yang mempamerkan kebolehan ilmiah serta mempunyai rekod perkhidmatan sosial membanggakan, sekali gus mencerminkan cita-cita Sir Syed Ahmad Khan.
Setiap tahun, dua lulusan Kolej Universiti Nasional Singapura (NUSC) yang menunjukkan kecemerlangan akademik dan mencerminkan komitmen kuat terhadap pengajian dan budaya Asia Selatan akan menerima wang tunai $250 setiap seorang, tanpa mengira etnik atau kewarganegaraan.
Hadiah itu disumbang oleh Persatuan Alumni Universiti Muslim Aligarh (AMU) Singapura.
“Matlamat memberi hadiah ini adalah untuk mewujudkan hubungan yang saling memanfaatkan antara AMU dengan NUS dan untuk mengiktiraf pelajar yang menggabungkan kecemerlangan akademik dengan semangat berkhidmat kepada masyarakat,” kata penaung Persatuan Alumni AMU Singapura, Encik George Abraham.